[Tonton] Laporan Program Misi Sabah PIKDM

[𝟐𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟑 𝐍𝐨𝐯 𝟐𝟎𝟐𝟒]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mempermudahkan perjalanan Program Misi Sabah yang melibatkan aktiviti kebajikan, dakwah, dan pembangunan komuniti di Sandakan, Beluran, Pulau Jambongan, dan Ranau. Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) ingin merakamkan penghargaan yang mendalam kepada semua pihak yang telah menyumbang, menyokong, dan bekerjasama bagi menjayakan misi ini.

Tonton di Facebook : https://fb.watch/wjsnX9amut/

Penghargaan Kepada Rakan Strategik

Ucapan terima kasih khas ditujukan kepada dua rakan strategik utama kami:

1. Yayasan Taqwa MAIWP

Sumbangan sebanyak RM12,000 daripada Yayasan Taqwa telah memberikan impak besar kepada pelbagai aspek pelaksanaan program, termasuk penyediaan Dapur Pek, juadah jamuan makan sekampung, dan sokongan kepada program-program komuniti.

2. Pertubuhan Ihsan Madani

Pertubuhan Ihsan Madani pula menyumbang sebanyak RM7,000, yang telah membantu menampung kos perjalanan, logistik, serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah dan kebajikan

3. Para penginfak budiman PIKDM yang sentiasa menyokong usaha kebajikan dan dakwah ini.

Jazakumullahhu khayran buat Yayasan Taqwa dan Ihsan Madani, para penginfak PIKDM yang telah menyokong kutipan dana dengan penuh keikhlasan. Dengan sumbangan para penginfak ini telah membolehkan kami melaksanakan program ini dengan lancar dan penuh manfaat. Semoga Allah SWT melipatgandakan rezeki dan memberikan ganjaran syurga kepada setiap penyumbang yang telah mendukung usaha murni ini.

Terima Kasih kepada Rakan Kerjasama Program. PIKDM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan kerjasama program yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Misi Sabah ini:

Kerjasama erat bersama organisasi-organisasi ini telah membolehkan setiap aktiviti program dapat dijalankan dengan baik, terancang, dan mencapai objektif yang disasarkan.

Program Misi Sabah adalah bukti kukuh bahawa sinergi antara rakan strategik, penginfak, dan rakan kerjasama mampu mencetuskan perubahan positif yang besar dalam kehidupan masyarakat yang memerlukan. Semoga hubungan ini terus terjalin erat, membolehkan lebih banyak inisiatif bermanfaat untuk masa hadapan.

Sekali lagi, kami mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat. Bersama kita teruskan perjuangan demi kebaikan ummah.

Yang menjalankan amanah

Alyssa Diyana
Pengurus Operasi
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 65126
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)