Bukan dirancang, bukan dilakonkan.
Hari terakhir sebelum pulang, Pn. Lynnda Abbas (Pengerusi PIKDM) terserempak dua pelajar dewasa MADS yang berjalan kaki menuju kelas Pengajian Mads di Kg. Hujung, Pulau Jambongan.
Perbualan singkat bersama mereka disusuli hadis motivasi oleh Ustaz Muhammad Izzat Che Husin (Penasihat Agama PIKDM) tentang kelebihan menuntut ilmu.
Melihat kesungguhan mereka, kami yakin tajaan guru-guru MADS di 5 cawangan MADS ini benar-benar membawa perubahan.
Kini, semakin ramai penduduk Kg. Hujung celik Al-Quran.
Inilah bukti nyata amanah infak yang Allah berkati.
Inilah saham akhirat para penginfak Projek Angkat PIKDM.
Semoga mereka istiqamah belajar, dan kita istiqamah berinfak.

🎥 “IQRA” – Kisah di Penghujung PulauBukan dirancang, bukan dilakonkan. Hari terakhir sebelum pulang, Pn. Lynnda Abbas…
Posted by PIKDM on Saturday 25 October 2025
Tonton di Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1DQ8e5PYZC/



