Skip to content
Buletin & aktiviti

[Tonton] 🤍 Hati Adalah Penentu Baik Buruknya Diri Kita 🤍

🤍 Hati Adalah Penentu Baik Buruknya Diri Kita 🤍
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh jasadnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itulah hati.”
Hati manusia tidak mampu dilihat dengan mata.
Tetapi apa yang keluar daripada:
• percakapan
• tindakan
• layanan kepada orang lain
itulah gambaran keadaan hati seseorang secara zahir.
Jika hati dipenuhi kasih sayang, seseorang akan menjaga kata-katanya walaupun sedang marah atau kecewa.
Tetapi jika hati dipenuhi kebencian dan hasad, maka buruklah perkataan dan perbuatannya.
Sebab itu sebelum memperbaiki orang lain, perbaikilah hati kita dahulu. 🌙
Kerana hati yang baik akan membawa:
• akhlak yang baik
• percakapan yang baik
• dan kehidupan yang diredai Allah SWT
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita hati yang bersih, lembut dan sentiasa dekat dengan-Nya. 🤲
#Tazkirah #Muhasabah #JagaHati #Akhlak #Istiqamah #PIKDM #Dakwah #HatiYangBersih #IslamicReminder

Video: Lihat video di Facebook

Sumber: Facebook PIKDM

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image