Skip to content
Buletin & aktiviti

Tidak Berdoa dengan Perkara Haram, Maksiat dan Dosa

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ
قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الاِسْتِعْجَالُ؟ قَالَ: يَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

Tidak henti-henti doa seorang hamba akan diperkenankan selagi dia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim, dan selagi dia tidak tergesa-gesa.
Ditanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud tergesa-gesa?
Baginda bersabda: Dia berkata, “Aku telah berdoa, aku telah berdoa, tetapi aku tidak melihat doaku diperkenankan,” lalu dia berputus asa dan meninggalkan doa tersebut.
(HR Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Pengajaran:

  1. Doa akan diperkenankan selagi tidak mengandungi dosa atau memutuskan silaturrahim. Doa yang membawa kepada maksiat atau permusuhan tidak akan diterima oleh Allah.
  2. Sifat tergesa-gesa dan berputus asa dalam berdoa adalah antara sebab doa tidak dimakbulkan. Mengeluh kerana belum melihat hasil lalu meninggalkan doa adalah satu kesilapan.
  3. Kesabaran dan keyakinan dalam berdoa sangat penting. Allah memperkenankan doa pada waktu yang sesuai — sama ada segera, ditangguhkan, atau digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Marilah bersama mengejar dan menyebarkan kebaikan Ramadan!

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image