Hari ini PIKDM menerima kunjungan istimewa Pengasas Duta Quran Indonesia, Ummi Rasyid, bersama suaminya Ustaz Heru Rasyid, yang berada di Malaysia atas undangan rakan kerjasama pesantren di Indonesia Malaysia.
Kebetulan lokasi mereka menginap tidak jauh dari ibupejabat PIKDM, Alhamdulillah kami sempat meraikan mereka dan membawa makan tengah hari di Nandos, Elmina Lakeside Mall.
Walaupun pertemuan singkat, Ummi tidak pulang dengan tangan kosong. Beliau menghadiahkan 3 rakaman video khas untuk PIKDM tanda sokongan dan kasihnya kepada perjuangan dakwah & kebajikan PIKDM.Ummi sangat menghargai buku ‘Hipokrasi Ikhlas’ karya sulung Lynnda Abbas yang dianggap sebuah buku yang patut dimiliki dan dibaca. Beliau sendiri berulang kali membacanya kerana setiap cerita membawa dirinya seperti menyelami bersama pengalaman penulis..kata²nya membuatkan penulis rasa terharu.
Tahun lalu, sewaktu program Bedah Buku Hipokrasi Ikhlas di madrasah Ummi di Bogor,
Ummi membeli 100 naskhah sebagai tanda sokongan kepada PIKDM. Beliau tahu jualan buku ini digunakan untuk menampung Dana Pengurusan PIKDM, dan tanpa ragu beliau membantu.
Bagi penulis,Ummi membaca dengan hati.
Beliau menghargai setiap cerita, setiap hikmah, dan mahu pelajarnya juga merasai manfaat itu hingga meletakkannya di perpustakaan madrasah-madrasah di bawah seliaannya.
Itu bukan sekadar sokongan.
Itu satu pengiktirafan yang sangat bermakna.
Dan bagi sebuah karya sulung,
kehadiran seorang pembaca yang benar-benar menjiwai karya penulis sudah menjadi satu kejayaan kecil yang amat saya syukuri.
Moga Allah memberkati Ummi, Ustaz Heru, dan seluruh tim Duta Quran Indonesia.
Semoga ukhuwah dakwah ini terus mengalir menjadi kebaikan yang lebih besar.
Buku Hipokrasi Ikhlas adalah usaha kecil PIKDM dalam dakwah penulisan sekaligus menampung Dana Pengurusan PIKDM.
Barakallahufeekum.













