Telah berlangsungnya Program Kem Cilik Dakwah anjuran Unit Ilmu & Dakwah PIKDM pada 27 Disember 2022 bertempat di Dewan Ilmu PIKDM.
Seramai 25 peserta kanak² dari usia 3 tahun hingga 12 tahun.
Pengisian program:
- Bacaan zikir pagi
- Hafazan Surah & Tadabbur makna
- Cara Wudhuk
- Cara Solat
- Movie Time
- Persembahan Cilik Muda
- Penyerahan hadiah dan sijil buat peserta
Makan Tengahari telah ditaja oleh #Plonxbox Nasi Waw Kaw Kaw. Jazakumulllahhu khayran. Alhamdulillah kesemua peserta memuji menu hidangan sangat sedap. Rata rata peserta memberi respon positif dan mahu lagi program sebegini diadakan lagi.
Terimakasih buat yang berusaha menjayakan program ini, Cikgu Alyssa Diyana dan Ust Adib Gozali yang telah memberi komitmen dan pengisian yang sesuai usia peserta. InshaaAllah di kesempatan lain PIKDM akan anjurkan beberapa lagi siri Program yang lebih bermanfaat disamping mengimarahkan Dewan Ilmu PIKDM ianya juga bagi tujuan membantu dana pengurusan PIKDM disamping melatih para Daie cilik kalangan kanak².
Semoga bermanfaat. Jumpa lagi di Program 2023 yang banyak telah disusun. InshaaAllah.
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]