Tarikh – Tarikh Penting Zulhijjah

𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇

Sekiranya pada bulan Ramadan kita mengejar misteri lailatul qadr yang menjadi malam terbaik dengan tawaran ganjaran melebihi seribu bulan, pada bulan Zulhijjah pula merupakan siang hari yang terbaik untuk beramal. Sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang dinyatakan secara jelas kelebihannya.

Daripada Ibn ‘Abbas beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Tiada hari-hari yang amalan soleh yang dilakukan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari terawal Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah? Baginda bersabda: Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya melainkan orang yang keluar berjihad bersama jiwa dan hartanya, kemudian dia tidak kembali dengan apa pun.
(HR Abu Dawud: Sahih)

Amal kebaikan yang dilakukan pada sepuluh awal Zulhijjah dinyatakan secara khusus lebih dicintai Allah SWT mengatasi amalan kebaikan pada hari-hari lain. Oleh itu, sebarang amal kebaikan yang dilakukan dalam tempoh ini seperti puasa, sedekah, senyum, menuntut ilmu, mencari rezeki, memaafkan orang lain, berkorban dan sebagainya akan mendapat perhatian istimewa di sisi Allah SWT.

𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐄𝐊𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐆𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈
https://www.pikdm.org.my/ibadah-korban-1445h-2024/

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55655
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)