Tarikh Penting Bulan Muharram

Bulan Muharram telah diisytiharkan sebagai permulaan bagi takwim hijri. Selain termasuk salah satu daripada empat bulan haram yang menjadikan gandaan pahala bagi amal baik serta gandaan dosa bagi maksiat dan dosa, tanggal 10 Muharram juga digalakkan berpuasa.

Hari Asyura merujuk kepada 10 Muharram, merupakan hari yang dimuliakan dalam Islam. Namun begitu, amalan berpuasa pada Hari Asyura iaitu 10 Muharram telah diamalkan sebelum difardukan puasa Ramadan. Kelebihan yang dijanjikan bagi mereka yang berpuasa pada 10 Muharram adalah mendapat penghapusan dosa setahun yang lalu.

Abu Qatadah al-Ansariy berkata:

سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura? Baginda menjawab: Puasa Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.

(HR Muslim: Sahih)

Namun begitu, menggandingkan puasa pada 10 Muharram dengan 9 Muharram juga merupakan sunnah Rasullullah SAW. ‘Abdullah bin ‘Abbas RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

لَئِنْ بَقِيتُ إلى قَابِلٍ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan (iaitu sembilan Muharram).

(HR Muslim: Sahih)

Sekiranya tidak mampu melaksanakan gandingan Puasa Asyura pada 9 dan 10 Muharram, pilihan kedua adalah menggandingkan 10 dan 11 Muharram. Amalan menggandingkan Puasa Asyura ini adalah bagi menyelisihi amalan kaum yahudi.

Saranan berpuasa ini juga secara tidak langsung menunjukkan acara makan-makan di siang hari bulan Muharram sebaiknya diminimakan bagi memberi peluang kepada umat Islam untuk mengamalkan sunnah Puasa Asyura ini.

Unit Media & Penerbitan

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 56042
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)