Nota Ringkas- Takut dan Tamak Dalam Ibadah

Orang orang yang beribadah ini adalah orang² yang mengharapkan rahmat Allah dan takut akan azab Allah.
Apa tujuan Ibadah?
Ibadah adalah lambang 3 kesempurnaan:
  • Penzahiran Al wujud
  • Penzahiran Al Ilmu
  • Penzahiran Al Qudrah
Ibadah kita adalah lambang kepada kewujudan Allah, pengetahuan Allah dan Kuasa Allah SWT.
Allah telah jadikan keupayaan manusia untuk menerima kesempurnaan kesempurnaan tersebut.
  • Sejauh mana telah dimanfaatkan roh dan akal
  • Bagaimana manusia itu mampu meningkatkan halatuju ibadahnya kepada kesempurnaan
  • Agar tidak berpuashati dengan apa yang telah disampaikan daripada tahap² ibadah dalam menuju mercu paling tinggi kepada beribadah.
Orang yang faham kedudukan ini akan menghargai diri dari anugerah Allah Ta’ala.
Orang yang memahami kedudukannya akan dipandu Allah untuk mencapai matlamat arah tuju untuk masa kini dan masa akan datang yang tidak akan pudar dalam ibadah. Inilah hakikat yang kita semua perlu terima.
Bahasa mudahnya apabila kita berinteraksi beribadat kepada Allah dengan niat untuk menzahirkan Al wujud, Al Ilmu, Al Qudrah sebagai kayu ukur untuk menilai mutu ibadah, Allah akan jadikan roh dan akal yang Allah Ta’ala letak pada diri seseorang itu untuk mempertingkatkan ibadahnya hingga tidak pernah merasa puas dalam menuju tahap tertinggi. Allah akan pandu dan tunjukkan apa lagi yang boleh hambaNya berpaut dan bergantung demi mencapai tujuan ibadatnya demi menuju yang satu iaitu arah tuju teragung Akhirat yang merupakan tempat kesudahan.
Allah SWT akan beri satu keupayaan kepada HambaNya ini untuk menerima kebaikan pada masa sekarang dan masa akan datang dalam bentuk apa yang telah Allah talkinkan pada hambaNya melalui Al QuranNya. Bukti hanya ibadah mampu memenuhi segala tuntutan manusia.
Berusaha bermati-matian tetapi jika bukan kerana ibadah maka itu adalah usaha dan penat. Jika kita tidak bertemu dengan sokongan² Allah..kita akan sentiasa berpuashati dengan mutu ibadah yang kita ada..tanpa ada peningkatan dalam ibadah jangan berasa sedap hati kerana ibadah itu belum tentu dapat memenuhi apa yang kita buru kan selama ini.
Prosesnya memerlukan satu tahap
Muroqabah Nafs yang ada pada diri dan jiwa kita. Jiwa yang terutamanya dalam keadaan buas, meronta dan tidak berpuashati kita kepada Allah SWT maka kita perlu menilai diri kita.
Untuk nak menilai diri kita supaya sampai pada tahap untuk mengingati Allah maka Allah syariatkan kepada kita ‘Ibadah’. Makanya ibadah yang kita lakukan itu sebagai lambang interaksi kita dengan Allah..Allah itu zatNya kita tidak nampak dan kewujudanNya pula terhijab disebalik kesucian² dan ketinggianNya dibalik lambang² kewujudan dalil alam dan sebagainya.
Keindahan² yang ada pada manusia itu boleh membawa manusia itu asyik atau terpaling dari Allah SWT. Keindahan² yang ada pada alam itu bukan sekadar kecantikan tetapi ianya suluhan suluhan kesucian Allah akhirnya sekadar hijab untuk Allah pamerkan diriNYA kepada makhluk..tetapi tidak mungkin Allah jelmakan dan pamerkan zatNya itu pada makhluk yang lemah yang tidak mampu alam menanggungnya..
Ibadah kita adalah lambang kepada kewujudan Allah, pengetahuan Allah dan Kuasa Allah SWT.
Waullahhu’alam.
Notaringkas Kuliah Subuh (24 Julai) Ust Dr Rosdi Ismail.
Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

————
Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus ke akaun:

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia