Skip to content
Buletin & aktiviti

Sumbangan Dapur Pek Home Visit

Tarikh Program: 30 Ogos 2024

Lokasi: Kg Phum Thmey, Ponhea Kraek District, Tboung Khmum Cambodia

Kepadatan penduduk kg Phum Thmey: 700 keluarga

Peratus Islam: Majoriti Islam

Kuantiti: 20 Dapur Pek

Pek Barangan: Beras 5kg, 2 tin sardin, mee kering, garam, kicap.

Penerima Manfaat: Fakir Miskin

Penaja 20 Pek [Home Visit]: Asar Humanity Indonesia.

PiKDM telah menyempurnakan sumbangan 20 Pek ini untuk program ‘Home Visit’ bagi menyantuni fakir miskin kalangan wargatua yang uzur tidak berupaya hadir ke Sekolah Wedo.

Seramai lebih kurang 10 Tim PIKDM & BRAVO yang terlibat agihan sumbangan bergerak menaiki motor dan Van untuk sampai kerumah penerima manfaat.

Sumbangan Dapur Pek ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban fakir miskin disini yang kebanyakan mereka serba tidak berkecukupan, sudah lah tua lagi uzur, tinggal pula berseorangan atau ditemani cucu. Kebanyakan wargatua disini terpaksa membesarkan cucu yang ditinggalkan ibubapa mereka. Sebahagian anak anak sekolah Wedo dari kalangan fakir miskin yang tinggal bersama nenek samaada ibubapa merantau atau ditinggalkan. Majoriti penduduk kampung disini beragama islam.

PIKDM ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada ASAR HUMANITY INDONESIA yang turut sama mahu menyumbang bagi projek ini.

Jazakumulllahhu khayran buat pahlawan kebaikan.

=====================

Misi Kesukarelawan Antarabangsa PIKDM X BRAVO 7.0. [28Ogos-3Sept]

KG PHUM THMEY SEK WEDO CAMBODIA

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image