Sumbangan Air Bersih 1 Lori Tangki #Watertank Untuk 100 Keluarga Di Chilegon Banten

28 sept 2023

Sumbangan air bersih 1 lori tangki #Watertank untuk 100 keluarga di Chilegon Banten.

Seawal jam 6:30 pagi Pn Zakina bersama pemandu Faisal dari ASAR Humanity telah tiba untuk bawa kami menjalankan aktiviti 28 september. Kami bergerak dari hotel yang kami inapi di selatan bogor tidak jauh dari Depok pejabat Asar Humanity menuju Provinsi Banten. 3 jam perjalanan mengambil masa untuk sampai ke lokasi dengan cuaca agak panas dan sedikit berjerebu. Sesampainya di Banten, kami bergerak bersama lori air tangki untuk disumbangkan, menaiki jalan menuju puncak bukit yang sangat mencabar pemanduan.

Sepanjang menaiki bukit ini kami tertunggu tunggu bilakah akan sampai ke puncak kampung ini.. pemandu kereta yang cekap dan berkemahiran mengawal pemanduan sahaja mampu sampai dengan selamat diatas ini. Alhamdulillah selamat sampai jua. Sesampainya kami di satu liku jalan terlihat deretan tong air bersusun panjang dan kelihatan ada beberapa orang wanita yang mengendong air berjalan kaki mendaki bukit. Rupa rupanya ada sumber mata air bersih dibawah cerun bukit yang sayup mata memandang. Tertanya bagaimanakah mereka turun kebawah ini untuk dapatkan air bersih untuk buat minum. Sehinggalah kami dibawa melihat sendiri keadaan sebenar setelah program agihan tangki air bersih ke perkampungan ini selesai. Allahu Akbar betapa siksa dan peritnya mereka perlu berjalan berKM jauhnya menaiki dan menuruni bukit dan cerun untuk dapatkan air bersih untuk dibuat minum. Difahamkan perlu ambil masa 5 jam untuk penuhkan 1 tong air 5kg. Subhanallah sabarnya mereka dengan ujian ini. Kita sehari terputus bekalan air sudah tak keharuan.

Sumbangan air bersih lori tangki yang kami bawa ini mampu memberi sedikit nikmat sementara untuk mereka dapat manfaatkan sekeluarga bagi kegunaan minuman tanpa perlu bersusah payah mendapatkan air di lereng bukit itu. Difahamkan sumbangan air bersih ini untuk dapat tidak menentu..jika ada yang sumbangkan maka adalah mereka air bersih..kebiasaannya perlu ikhtiar dapatkan di mata air yang ada.

Disini juga sudah dibina perigi dan tangki untuk sumber air penduduk kampung untuk mandi pakai dan basuhan boleh dimanfaatkan dari sini namun yang menyedihkan air ini terasa payau masin dan tidak boleh diminum disebabkan kedudukan kampung ini bersebelahan dengan laut yang sedikit mempengaruhi air galian bawah tanah. Allahu musta’an.

Kami kesini untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang digambarkan sebelum ini..setelah melihat airmata tertumpah dan syukur dipanjatkan kerana kita masih jauh lebih baik dari mereka. Sumbangan lori tangki air bersih ini akan pihak PIKDM usahakan untuk menjadi salah satu projek infak berterusan selagi ada yang mahu sumbang. InshaaAllah.

Jazakumulllahhu khayran buat para penginfak yang yang sudi berkongsi rezeki buat yang memerlukan.


==================
Jom Infak!
https://www.pikdm.org.my/donations/danapelbagai2023/

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 66968
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)