Skip to content
Buletin & aktiviti

Selesaikan Qada Puasa Sebelum Ramadan

SELESAIKAN QADA PUASA SEBELUM RAMADAN

Semak dan catat baki puasa Ramadan yang masih perlu diqada. Bagi yang mampu dan tiada keuzuran, susun hari untuk menyelesaikannya sebelum Ramadan berikutnya. Aisyah RA pernah meriwayatkan:

كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلَّا فِي شَعْبَانَ

“Saya ada puasa Ramadan yang perlu diqadakan, namun saya tidak dapat menggantikannya melainkan pada bulan Syaaban.”

(HR al-Bukhari: Sahih)

Kesibukan Aisyah RA dalam menguruskan keperluan Rasulullah SAW menyebabkan beliau hanya berkesempatan menggantikan puasa pada bulan Syaaban. Oleh itu, bagi yang berkemampuan, manfaatkan masa yang masih ada untuk menyelesaikan qada puasa secara teratur tanpa menunggu sehingga penghujung Syaaban.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA

Ikuti kemas kini aktiviti PIKDM

https://linktr.ee/PIKDM

www.pikdm.org.my

Sumber: Facebook PIKDM

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image