Kenyataan PIKDM – Alhamdulillah! Pada Jumaat, 29 Mac 2025, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah menganjurkan Program Iftar di Sekolah Alternatif Tawau, dengan menaja 100 pek juadah berbuka puasa khas buat para pelajar di sana.
Setiap pek berisi nasi lalap, kuih-muih dan air mineral, sebagai hidangan berbuka puasa yang ringkas tetapi penuh makna buat mereka.
Program ini telah diuruskan dengan penuh dedikasi oleh team sukarelawan PIKDM yang memastikan setiap pek iftar sampai kepada para pelajar dengan lancar.
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) terus komited dalam usaha kebajikan, pendidikan, dan dakwah, membantu mereka yang memerlukan, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara.
Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.


