Barang-barang untuk pek makanan ini disediakan pihak Asar Humanity bagi menyiapkan kos, masa dan tenaga. Kos bagi setiap pek bernilai RM85 termasuk kos pengangkutan dan pengurusan di pihak ASAR. RM8500 telah dibelanjakan untuk tujuan ini walaupun pada asalnya PIKDM bercadang untuk agihkan 200 pek kepada penduduk desa namun disebabkan dana tidak mencukupi kami teruskan dengan apa yang termampu disumbangkan. Saya teringat pesan Tuan Zulfadhli sewaktu ziarah kami ke kedutaan Malaysia di Indonesia, beliau sangat menekankan sumbangan Pek makanan ini disalurkan kepada penduduk desa kerana itulah yang lebih diperlukan mereka selain sumber air bersih. Kata beliau lagi “harapnya Misi sebegini bukan ‘On Off'”. InshaaAllah di pihak PIKDM kami akan usaha semampunya dengan kerjasama rakan NGO Asar Humanity di Indonesia beberapa perancangan Misi Kemanusiaan, Kebajikan dan Dakwah akan cuba dijalankan semampunya InshaaAllah.
Masing-masing gigih mengangkat beras, gula, garam, minyak dan tin-tin sardin naik turun bukit untuk menyampaikan amanah penginfak ini kepada mereka yang layak. Selain itu, naskhah Zikir Pagi Petang turut disampaikan bersama kepada individu-individu bertuah yang sempat disantuni di sepanjang perjalanan.
==================
Jom Infak!