Santuni Fakir Miskin – Kg Phum Thmey Sek Wedo Cambodia

Santuni Fakir Miskin
Kg Phum Thmey Sek Wedo Cambodia

MISI RECCE PIKDM & BRAVO 7.0 [9-11FEB]

PIKDM berpeluang meyantuni 50 keluarga asnaf fakir miskin di Kg Phum Thmey ini dari sumbangan ihsan para penginfak budiman di saat saat akhir dana kilat dilancarkan. Pada asalnya kami sasarkan 100 Dapur Pek..Qadarallah wama sha a fa ala hanya 50 Pek sahaja dana yang berjaya kami kumpul sehari sebelum kami bertolak. 40 dapur pek diserahkan di padang Sekolah Wedo dan 10 lagi diserahkan rumah kerumah untuk yang uzur dan tidak berupaya hadir. Majoriti yang menerima bantuan adalah kategori fakir miskin. Keadaan rumah masing masing sangat uzur. Ada datuk bongkok 3 yang tinggal bersama cucu yang ditinggalkan ibunya. Rumah berdindingkan zink masak menggunakan dapur kayu lantai tanah tidur atas para kayu beralaskan tikar. Alhamdulillah Allah beri umur panjang masih mampu urus diri walau hidup serba dhoif. Ada seorang nenek yang tinggal sendirian masih mampu membaca kalam Allah tanpa memakai cermin mata, zikir pagi petang yang kami hadiahkan beliau terus baca depan kami. Alhamdulillah masih terang mata beliau kata kami. Al Quran sentiasa dibaca itulah penemannya..nenek ini sempat berdoa sebelum kami tiba “Ya Allah adalah rezeki untuk hari ini”, tak lama kemudian kami hadir bawa Dapur Pek dan beliau ceritakan pada kami baru tadi berdoa, syukurnya beliau melihat sekampit beras tiba di depan mata.

Saya dimaklumkan ustaz zahry, rata rata orang kampung disini lebih mengharapkan bantuan makanan dari duit. Mereka rela rumah buruk tak dibaiki janji makan mereka terbela. Begitulah!. Kata mereka jika rumah dibaiki cantik nanti orang ingat mereka punya banyak duit, walhal mereka serba tak berkemampuan. Ustaz maklumkan pada saya orang orang tua di kampung ini ‘survive’ dengan cara menjual sayur ulam yang ditanam dipetik di kg mereka dan jualkan..cukup untuk buat belanja beli beras dan makan seharian. Jika ada orang datang beri bantuan adalah rezeki buat mereka ini.

50 Dapur Pek (nilai RM50) disumbangkan dari:
1.MAK H.I
2.H.I
3.Zoe
4. ⁠Auknaa
5.NN
6. WZ
7. Haikal
8. ⁠NSB
9. Wks
10. DDRRZ
11. SuSu
12.HAT
13.SNA

Selain sumbangan 50 dapur pek PIKDM juga turut menyumbang untuk 10 orang fakir miskin yang sangat dhoif untuk persiapan Pra Ramadan yang bernilai RM100 setiap dapur pek. InshaaAllah di paparan selepas ini.

Jazakumullahhu khayran buat penginfak budiman.
https://linktr.ee/PIKDM

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 58452
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)