Santuni Fakir Miskin
Kg Phum Thmey Cambodia
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah Ziarah singkat 3 hari Misi Recce Antarabangsa PIKDM & BRAVO 7.0 (9-11Feb) bukan sekadar ziarah kosong tanpa memaknai erti ihsan dan kemanusiaan. Tim PIKDM seperti kebiasaannya akan menyantuni masyarakat kampung dan fakir miskin jika kami kesini. Masyarakat kampung disini sudah pastinya mengharapkan sesuatu dari kami. Makanya tidak tenang hati kami untuk ziarah tanpa menyantuni mereka. Pada saat akhir sebelum Misi ke Cambodia dana dilancarkan masih tidak mencukupi. Kami tawakal pada Allah dan teruskan melangkah ke destinasi ini. Kami bawa apa yang perlu sahaja kali ini, tidak banyak sumbangan barangan yang dibawa kali ini kecuali tudung, baju dan roti buat guru² dan pelajar.
Tim Bravo 7.0 buat pertama kalinya ke Cambodia seramai 4 orang dan Tim PIKDM seramai 3 orang hadir kesini untuk satu tugasan yang padat telah disusun pihak Sek Wedo. Kami tiba di Sek Wedo pada petang 9 Februari terus melakukan aktiviti sembelihan lembu dan acara memasak bersama masyarakat kampung. 100 pek bungkusan makanan telah diagihkan untuk masyarakat fakir miskin disini dan selebihnya dijamu makan secara hidang.
Jazakumullahhu khayran buat SN & Keluarga yang bermurah hati sumbangkan seekor lembu untuk tujuan ini. Masyarakat kampung disini sangat menghargai setiap apa yang disumbangkan. Kebanyakannya tak mampu makan nasi berlaukkan daging kecuali waktu korban.
Barakallahufeekum buat para penginfak yang budiman yang terus mahu berkongsi rezeki.
https://linktr.ee/PIKDM
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]