Daripada Abd Allah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى، شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ، كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
Tiada seorang muslim yang ditimpa kemudaratan walaupun hanya sebatang duri atau lebih, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana pokok yang menggugurkan daunnya.
(HR al-Bukhari: Sahih)
- Beriman dengan qada’ dan qadr sama ada baik atau buruk merupakan salah satu daripada rukun iman
- Semakin besar ujian yang menimpa, semakin besar ganjaran yang menanti dan ganjaran kepada kesabaran adalah syurga
- Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan dengan apa yang terdaya baginya walaupun pada asalnya dirasakan ujian itu terlalu berat dan tidak mampu dihadapi, namun Allah Maha Mengetahui
Jom bersama PIKDM dalam misi menyebarkan keberkatan. Anda Sumbang, Kami Sampaikan.
𝑺𝑨𝑺𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑫𝑰𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑹𝑴200,000
Selamat BERINFAK!
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025