PUASA HARI PUTIH BULAN SAFAR
Puasa hari putih atau dikenali juga sebagai Ayyam al-Bidh dinamakan bersempena keadaan bulan yang mengambang penuh dan menerangi malam hari-hari tersebut.
Daripada Abu Dharr RA, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلَاثًا فَصُمْ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
“Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka berpuasalah pada hari ke-13, 14 dan 15.”
(Riwayat al-Tirmidhi: Sahih)
Amalan ini merupakan salah satu bentuk puasa sunat berkala yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Pelaksanaannya melatih disiplin ibadah dan memastikan amalan puasa tidak hanya tertumpu pada bulan Ramadan sahaja.
PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
Ikuti kemaskini aktiviti PIKDM
Sumber: Facebook PIKDM



