Ketika para tetamu Allah sedang sibuk berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, para muslimin di mana-mana lokasi seluruh dunia selain Arafah digalakkan berpuasa pada tarikh yang sama.
Dari Abu Qatadah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
“Puasa Arafah (9 Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”
(HR Muslim: Sahih)
Selain kelebihan berpuasa yang disebut secara khusus, amalan-amalan soleh lain juga digalakkan memandangkan Allah SWT sangat menyukai segala bentuk kebaikan yang dilakukan hambaNya pada waktu siang hari sepanjang tempoh 10 awal Zulhijjah.
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]