Puasa Ayyamul Bidh Syaaban 1447H
(Bersamaan 1-3 Februari 2026)
Bulan Syaaban adalah ruang persediaan terbaik sebelum Ramadan. Antara amalan yang jelas disyariatkan ialah puasa sunat Hari Putih pada 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Ia melatih disiplin, menenangkan jiwa, dan membantu membina konsistensi ibadah menjelang sekitar 2 minggu menuju Ramadan.
Namun begitu, bagi malam 15 Syaaban atau dikenali juga dengan Nisfu Syaaban, terdapat perbahasan ulama tentang kelebihan malam tersebut. Tuntasnya, tiada amalan khusus yang ditetapkan secara sahih seperti solat atau bacaan tertentu bagi tarikh tersebut. Yang dianjurkan adalah memperbanyakkan amalan umum yang sememangnya disyariatkan pada setiap masa seperti solat sunat, istighfar, doa, sedekah, serta memperbaiki hubungan dan menghindari permusuhan.



