Lokasi : Desa Nyalindung Kecamatan Cugenang, Cianjur Jawa Barat Indonesia.
Maklumat bahan & pembinaan : perigi, tangki+kaki tangki, tempat wudhu
Proses Boring : kedalaman dijangka 50 meter kedalam untuk dapatkan mata air.
Pembinaan : 3 bulan
Harga : RM18,000
Projek pembinaan perigi ke 3 di Desa Nyalindung ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan disebabkan faktor tanah dan kedudukan lokasi ini agak tinggi dan berbukit. Kedalaman punca mata air perlu digali lebih dalam dari yang sebelum ini. Hampir 3 bulan lamanya untuk mendapatkan hasil air bersih di lokasi ini. Daruratnya air di kawasan ini membuatkan kami mahu usahakan juga untuk bina 1 perigi disini. Sejak gempabumi berlaku setahun yang lalu air perigi disini mengering hingga air longkang ditadah buat kegunaan.
Tim Asar Humanity telah memulakan operasi pembinaan pada 9 November dan siap pada tarikh 29 Disember 2023, kami dimaklumkan air masih belum keluar sempurna dan masih keruh lagi airnya. Kedalaman 40 meter diteruskan lagi untuk mendapatkan air yang benar benar bersih dan akhirnya pada 3 Januari 2024 baru menampakkan hasilnya..air bersih mula terbit dan terus dimanfaatkan pada tarikh ini dan 5hb Januari 2024 kami menerima kiriman gambar dari Cianjur melaporkan air sudah mula dimanfaatkan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang kita kongsikan dapat memberi manfaat pada penduduk disini. Semoga infak kalian terus mengalir sepertimana air yang terus mengalir ini.
Sokong usaha kami dengan sumbangan anda:
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Jom rebut peluang Infak bina surat disini
https://www.pikdm.org.my/donations/projek-surau-nyalindung-cianjur/
Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM budiman.
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]