Projek Ramadan 1446H – Ramadan, Bulan Memberi Tanpa Henti

Ramadan hadir lagi, membawa rahmat dan keberkatan. Inilah bulan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebajikan. Ia bulan memberi, bulan berkongsi, bulan di mana hati yang lembut semakin tergerak untuk membantu mereka yang memerlukan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadan.”

(HR. Tirmidzi, no. 663)

Di Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM), kami melihat sendiri bagaimana setiap ringgit yang disumbangkan mampu mengubah kehidupan insan lain. Dengan sasaran kutipan RM200,000, Projek Ramadan 1446H ini akan menjangkau 9 negara—Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Palestin, Nigeria, Yaman, dan Bangladesh.

Kami tidak menjanjikan apa-apa selain memastikan setiap sumbangan sampai kepada yang layak:

  • Tajaan Iftar & Sahur – Agar tiada perut yang kosong menunggu waktu berbuka.
  • Iftar Pek/Senasib – Meringankan beban keluarga asnaf/mangsa perang/pelarian dan yang serba kekurangan.
  • Zakat Asnaf & Zakat Beras – Berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Siapa penerima manfaat?

Anak yatim, madrasah tahfiz, asnaf, warga emas, OKU, gelandangan, pesakit di hospital, cleaner dan pegawai keselamatan—mereka yang mungkin terlepas pandang tetapi layak disantuni.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi mendidik hati untuk memberi dengan ikhlas. Sedekah di bulan Ramadan itu lebih besar ganjarannya, lebih luas manfaatnya.

Jom bersama PIKDM dalam misi menyebarkan keberkatan. Anda Sumbang, Kami Sampaikan.

𝑺𝑨𝑺𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑫𝑰𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑹𝑴200,000

Selamat BERINFAK!

CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 65122
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)