Projek Pembinaan Surau Al Hijrah Desa Nyalindung Cianjur Jawa Barat Indonesia

𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗡𝗬𝗔𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚 𝗖𝗜𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥 𝗝𝗔𝗪𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔.

Tarikh siap dibina: 5 Mac 2024
Nama: Surau Al Hijrah, Desa Nyalindung Cianjur Jawa Barat Indonesia.
Kos Projek: RM24,000

Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmussolihaat..lahawla wala quwata illahbillah. Pada asalnya sewaktu Tim PIKDM meninjau lokasi surau ini kali pertama kami kesana dulu sewaktu Misi Pasca Gempabumi Cianjur, kami dicadangkan untuk dibaikpulih sahaja surau ini, pada hemat mereka itu sudah memadai bagi jemaah yang sangat terdesak perlukan surau ini seperti dulu. Setelah mengambil kira kos dicadangkan untuk bina semula lebih bebaloi dari dibaikpulih makanya PIKDM meneruskan cadangan kedua iaitu bina semula. Pada Fasa 1 dana dilancarkan agak perlahan sambutannya walaupun dana yang disasarkan ini tidaklah sebanyak mana jumlahnya berbanding projek surau masjid lain yang lebih jauh besar dana yang dilancarkan. Walau kecil sasarannya tetap cabaran bagi kami untuk capai kutipan ini.

Kerisauan di pihak kami semakin terasa apabila sasaran surau patut disiapkan sebelum Ramadan ini semakin hampir tarikhnya. Kepada Allah kami bertawakal. PIKDM terpaksa melancarkan kutipan dana Fasa ke 2 pula dan 25 hari sebelum ramadan tiba dengan izin Allah dana berjaya dikumpul dalam tempoh 2 minggu sebelum ramadan dan pembinaan telah dipercepatkan siap dengan kerahan pekerja yang ramai untuk menyiapkan surau ini. Salah satu kelebihan di Indonesia tenaga buruh kontraktor sentiasa ada dan ramai. Kerja pembinaan dapat dipercepatkan.

Sudah hampir 1 tahun sejak gempabumi di Cianjur masyarakat desa Nyalindung disini meneruskan aktiviti solat berjemaah dibawah canvas dan dinding surau yang dibaluti canvas. Di surau yang kecil mampu memuatkan seramai 20-25 jemaah solat berjemaah, selain itu kelas pengajian anak² turut diadakan di surau ini.

Alhamdulillah pada 5 Mac surau wakaf PIKDM yang diberi nama Surau Al Hijrah ini dirasmikan dan dimanfaatkan. Ramadan pertama di surau baru disambut rasa syukur jemaah surau yang hadir.
Jazakumullahhu khayran buat Tim Asar Humanity wakil PIKDM di Indonesia yang menguruskan projek disana.

Barakallahufeekum buat para penyumbang bagi projek wakaf surau ini. Semoga Allah terima amal jariah kita semua.

Sedekah membuatkan rezeki berkah.
https://www.pikdm.org.my/donations/danafisabilillah/

Sokong usaha dakwah kebajikan PIKDM di bulan Ramadan ini dengan salurkan Infak ke akaun:

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

𝐊𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐍𝐊 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐍𝐈
Bismillah….

Penyertaan & Sumbangan Projek Angkat 2024
https://www.pikdm.org.my/projek-angkat-pikdm-2024/

Infaq Potongan Bulanan Secara Auto Debit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Pembelian Buku Zikir Pagi & Petang : https://www.pikdm.org.my/bukuzikir

 

ATAU terus ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

 

Sebarang Pertanyaan :

Pn Lynnda Abbas – Whatsapp : https://wa.link/85adwi

Pn Shaliza – Whatsapp : https://wa.link/j7irlz

CIK Alyssa – Whatsapp : https://wa.link/7euwpc  

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia