Ini merupakan projek pertama Air Bersih di bumi Sabah oleh PIKDM dengan kerjasama IHSANKU. Projek mega PIKDM sebelum ini adalah projek wakaf 270 tangki tadahan air hujan setiap rumah. Sejak lama penduduk pulau ini bergantung sepenuhnya pada sistem air tadahan hujan untuk menampung keperluan harian..namun waktu kemarau tiba air hujan tidak mampu bertahan.
Lama sudah PIKDM mencari solusi bagaimana boleh bantu masyarakat Pulau Jambongan yang majoritinya adalah pelajar kanak kanak dan dewasa dibawah projek angkat PIKDM bimbingan MADS ini mendapat keselesaan menikmati air bersih seperti kita yang terus diberi nikmat air bersih hingga membazir. Bagi penduduk disini air sangat bernilai. Waktu kemarau bukan sahaja cuaca panas…air untuk mandi pun perlu dicatu.
Alhamdulillah kerjasama PIKDM X IHSANKU kali ini memberi rahmat syukur buat penduduk kampung hujung mahupun kampung² lain tidak dapat dibina projek ini InshaaAllah air ini akan sampai ke kampung mereka. Kg Hujung merupakan lokasi yang telah dikenalpasti berpotensi strategik untuk projek ini sewaktu ‘site visit’ yang dilakukan tahun lepas bersama IHSANKU.
Projek ini menelan kos yang agak tinggi disebabkan lokasi yang jauh perlu merentas darat sungai dan laut, jentera peralatan perlu menaiki kapal dari pelabuhan klang ke sabah hingga sampai ke Pulau Jambongan. Kos keseluruhan projek ini dianggarkan RM255,000 Dana bagi Fasa 1 telah dicukupkan oleh Ihsanku. PIKDM hanya perlu cukupkan lagi RM49,900. Jika cukup dana dari PIKDM ini maka projek ini boleh disegerakan secepat mungkin.
Ambillah peluang sedekah jariah ini walau RM10.
Senarai sumbangan penginfak PIKDM setakat ini:
Terkumpul: RM1,100
Diperlukan lagi: RM48,800
Klik link dibawah ini untuk infak : https://www.pikdm.org.my/donations/pembinaan-sistem-air-bersih/



