Alhamdulillah thumma Alhamdulillah nikmat iman Islam dan Ihsan.
Program ‘syahadah’ yang dibimbing Ust Zahry Ismael pada Sabtu 10 Februari 2024 seramai 6 orang mualaf bangsa khmer telah menerima ‘Syahadah’ bukti keislaman seorang hamba adalah mengEsakan Allah dengan menidakkan tiada Tuhan lain yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah. Program telah berlangsung di Sek Wedo sewaktu Misi Recce Antarabangsa PIKDM & BRAVO 7.0. Semoga Allah terus bimbing hati mereka untuk istiqomah dan ikhlas beramal dengan agama fitrah ini.
Ust Zahry dan Sek Wedo antara pendakwah yang banyak mengislamkan masyarakat Cambodia. MashaaAllah Tabarakallah. Sudah tak terbilang jumlahnya. Kebanyakan mereka ini tertarik dengan agama Islam dari akhlak masyarakat Islam Cambodia yang dipamerkan. Islam itu agama bersaudara dan menerapkan ihsan yang tinggi walau masing masing hidup dhoif nilai islam itu sangat berbeza dengan agama yang mereka anuti sebelum ini.
Antara dakwah Rasullullah SAW yang berjaya menarik ramai umatnya memeluk Islam adalah dengan AKHLAK. Islam akan terus tersebar luas ke seluruh alam dengan ramainya pendakwah yang melakukan kerja kerja dakwah. Bagi kita yang tidak mampu lakukan kerja pendakwah setidaknya kita telah membantu menyokong kerja mulia para pendakwah dengan sumbangan infak Fisabilillah dan tajaan gaji para guru dan dai’e melalui Projek Angkat PIKDM. Barakallahufeehum.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
لَـقَدْ اَنْزَلْنَاۤ اٰيٰتٍ مُّبَيِّنٰتٍ ۗ وَ اللّٰهُ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَآءُ اِلٰى صِرَا طٍ مُّسْتَقِيْمٍ
“Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”
(QS. An-Nur 24: Ayat 46)
Bagaimana saya boleh sertai Projek Angkat PIKDM untuk tajaan guru/pendakwah? Terus klik dibawah ini dan daftar di link bawah ini.. Bismillah..
Projek Angkat PIKDM 2024
Salah satu rezeki terus berkah dengan bersedekah
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]