Skip to content
Buletin & aktiviti

Program Rawatan Kesihatan Percuma Pasca Banjir Kelantan

Anjuran: Poliklinik Utama Kota Bahru & PIKDM

PIKDM berkolaborasi bersama Tim Medik Dr. Nik Zailan untuk memberi khidmat rawatan kesihatan percuma kepada mangsa banjir yang terkesan di lokasi terpilih. Selain keperluan bantuan makanan dan pakaian, tahap kesihatan mangsa banjir juga menjadi perhatian utama dalam inisiatif ini.

Objektif Program:

  • Menyediakan rawatan kesihatan asas percuma.
  • Meringankan beban kesihatan mangsa banjir.
  • Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan pasca banjir.
  • Misi kemanusiaan bencana alam dalam negara.

Lokasi & Tarikh:

Rantau Panjang: 7 Disember 2024

Kuala Krai: 8 Disember 2024

Tumpat: 9 Disember 2024

Matlamat Program:

  1. Memberi rawatan percuma & ubat-ubatan asas.
  2. Menyokong pemulihan kesihatan mangsa.

Kejayaan:

Rawatan diberikan kepada ratusan mangsa banjir.

Kesedaran kesihatan

Tahniah dan terimakasih buat Tim Medik dan Sukarelawan Poliklinik Utama yang telah menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan misi ini. Barakallahufeekum.

Jazakumullahhu khayran buat para penyumbang dan NGO² yang turut sama menaja program 3 hari ini. Difahamkan sebanyak RM9K telah berjaya dikutip keseluruhannya. PIKDM telah menyumbang sebanyak RM2K sebagai sumbangan inisiatif sokongan sewaktu ianya mula dilancarkan. Semoga kita saling meringankan kesusahan orang lain, InsyaAllah Allah akan ringankan kesusahan kita nanti.

============

Sedekah membawa berkah – https://www.pikdm.org.my/jom-infak

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image