31 Ogos 2024 telah diadakan Program Medical Check Up di Sek Wedo Kg Phum thmey, Tboung Khmum Cambodia
Team Medik yang terlibat adalah dari Klinik Kesihatan (Klinik UM) Pelajar Universiti Malaya serta Islamic Medical of Association Cambodia (IMAC)
Team Medik yang paling berperanan untuk program ini adalah Dr. Muhammad Syahmi Fathurrahman Bin Rohaizad (Klinik UM) bersama seorang ‘Medical Assistant’ turut dibantu dari Cambodia adalah Dr Muslim Abbas (IMAC) selebihnya dibantu oleh Tim Bravo 7.0 dan PIKDM untuk memastikan setiap pesakit yang mendapatkan rawatan akan disaring dan melalui prosedur ‘Check up’ yang asas seperti timbang berat, ketinggian, bacaan gula dan BP terlebih dahulu sebelum ke kaunter Doktor yang bersedia melayani pesakit.
Penduduk kampung yang mendapatkan rawatan percuma sekitar 200 orang dari kalangan kanak² dan orang dewasa telah hadir seawal pagi untuk mendapatkan rawatan percuma yang diadakan di Sek Wedo pada hari itu. Ini juga merupakan julung julung kali program sebegini dilaksanakan. Program ‘Medical Check Up’ ini sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah penyakit yang tidak dirawat akibat kemiskinan dan tidak berkemampuan. Program telah disempurnakan sebaiknya oleh Tim yang terlibat.
Jazakumullahhu khayran buat semua yang terlibat dari segi sumbangan ubat ubatan, kewangan, tenaga dan idea.
=====================
Misi Kesukarelawan Antarabangsa PIKDM X BRAVO 7.0. [28Ogos-3Sept]
KG PHUM THMEY SEK WEDO CAMBODIA