“Integrasi Ilmu, Kebajikan, dan Dakwah dalam Pembentukan Ummah Berakhlak”
Alhamdulillah, Program Iftar Perdana PIKDM 2025 yang berlangsung pada 15 Mac 2025 di Ruang Shah Alam telah berjaya dilaksanakan. Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program ini.
Jutaan penghargaan kepada Ustaz Izzat bin Che Hussin atas ceramah yang sangat bermakna berkenaan integrasi ilmu, kebajikan dan dakwah dalam membentuk ummah berakhlak. Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat buat kita semua.
Terima kasih juga kepada Team Mads Pulau Jambongan Sabah yang terbang jauh dari Sabah demi memeriahkan majlis. Kehadiran anda semua sangat dihargai dan menyuntik semangat buat para peserta.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang, serta golongan asnaf dan penerima manfaat yang turut diraikan. Program ini tidak hanya mengeratkan ukhuwah, malah memperkukuhkan nilai kasih sayang dalam masyarakat.
Sebagai organisasi yang komited dalam kerja kebajikan dan dakwah, PIKDM akan terus menganjurkan program yang memberi impak positif kepada masyarakat. Semoga segala usaha dan amal diterima Allah SWT dan silaturrahim yang terjalin terus kukuh.
Terima kasih atas sokongan anda semua. Semoga kita dipertemukan lagi dalam program yang akan datang.
Klik untuk Sumbangan – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025















































































