Program Iftar & Dapur Pek Sek Alternatif Tawau Sabah

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗜𝗳𝘁𝗮𝗿/𝗗𝗮𝗽𝘂𝗿 𝗣𝗲𝗸 𝗦𝗲𝗸 𝗔𝗹𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗧𝗮𝘄𝗮𝘂 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵

1️⃣𝗧𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗸 𝗜𝗳𝘁𝗮𝗿
Jamuan Iftar telah diadakan pada 4 April bagi meraikan anak Anak Sekolah Alternatif Tawau. Seramai 40 pelajar diraikan. Persiapan Iftar pada tarikh ini diserikan dengan hiasan dinding yang direka hias oleh Pelajar Sekolah Alternatif Tawau.

2️⃣𝗗𝗮𝗽𝘂𝗿 𝗣𝗲𝗸 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰
Sumbangan Dapur Pek bernilai RM50 untuk 40 keluarga dari anak anak pelajar Sekolah Alternatif telah disempurnakan oleh Cikgu azwan dan wakil Tim PIKDM di Tawau. Sumbangan ini sedikit membantu persiapan menyambut Hari Raya nanti InshaaAllah.
RM3000 telah diperuntukkan untuk program Ramadan 1445H bagi Sekolah Alternatif Tawau ini.

===============
Istimewa tarikh ini adalah kerana mereka bakal berpisah dengan guru kesayangan mereka Cikgu Azwan yang akan menamatkan khidmat bakti pada anak anak Sekolah Alternatif Tawau ini kerana mahu bersama isteri dan anaknya yang kini berusia 1 tahun usianya yang terpaksa tinggal berjauhan akibat komitmen mendidik anak anak Sekolah Alternatif di Tawau ini. Sudah 5 tahun khidmat beliau taburkan pada kommuniti disini dari buta huruf anak anak disini kini sudah boleh membaca, menulis, seni, dan banyak lagi ilmu mandiri yang mereka belajar hasil didikan guru bernama Cikgu Azwan dibawah Sek Alternatif ini. Bukan ramai sanggup jadi guru seperti ini. Tahniah cikgu azwan yang telah berjaya mendidik dengan sepenuh jiwa dan kasih sayang.

Dipendekkan cerita Cikgu Azwan telah berjaya lahirkan 2 anak didiknya yang mampu mengalas tugasan guru pembantu sebelum beliau berhijrah pekerjaan. PIKDM mendoakan kejayaan dunia akhirat buat cikgu Azwan diatas pengorbanan beliau selama ini menjadi motivasi dan inspirasi pelajar dan rakan-rakan.

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman.

Salah satu rezeki terus berkah dengan bersedekah.

𝐊𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐍𝐊 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐍𝐈
Bismillah….
https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1445h-2024

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 59722
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)