Seramai lebih kurang 25 mualaf yang baru menerima syahadah 2 minggu yang lepas didatangi semula oleh Ustaz Adib dan Rakan Dakwahnya seorang warga Mesir yang kini sedang giat fokus utama mereka adalah Dakwah Non-Muslims di Cambodia. Walau baru berapa bulan Ust Adib mulakan kerja dakwah ini kini sudah hampir 200 lebih Non Muslim telah menerima Syahadah. Allahu Akbar!! Alhamdulillah satu pencapaian dan amanah yang besar untuk dipikul namun itulah kerja para pendakwah.
Ustaz Adib mohon sumbangan beras dari PIKDM untuk agihan mualaf di kampung ini bagi tujuan melunakkan hati mereka untuk hadir ke surau bagi sesi pembelajaran. Majoriti mereka adalah fakir miskin dan sekampit beras sangat bererti buat mereka. Dengan sumbangan ini kita mendoakan mereka terus istiqomah mahu terus mendalami Islam. Rata rata memberi komitmen dan kesungguhan mahu mendalami Islam. Alhamdulillah. Manusia yang mencari hidayah pasti Allah lorongkan jalan menuju Allah. Mintalah hidayah padaNYA.