30 Oktober 2024
Demi misi kemanusiaan ini, Tim PIKDM telah menempuh perjalanan mencabar — 5 jam dari Sandakan jalan ‘off road’ ke Jeti Paitan, diikuti dengan 1 jam menaiki bot merentas sungai dan laut, hanya untuk menyampaikan dua kit jenazah. Ini adalah sebahagian daripada 15 kit jenazah yang diinfakkan untuk masyarakat Pulau Jambongan.
Tiba di Cawangan MADS Kg Babagu, kami melihat wajah-wajah penuh harapan di kalangan pelajar dan guru di sini. Setelah dua tahun berlalu sejak kunjungan terakhir, kami kagum melihat perkembangan dan semangat mereka yang tidak pernah pudar. Dengan adanya guru guru Mads yang ditaja PIKDM setiap bulan telah memberi sinar kebahagiaan buat kommuniti disini.
Ramai kalangan pelajar disini dapat diselamatkan dari buta Al Quran kepada celik Al Quran khususnya pelajar dewasa. Dengan kita bantu tajaan gaji guru untuk mendidik dan sebarkan ilmu ramai telah mendapat manfaat. Semoga saham akhirat buat para penginfak terus mengalir sepertimana air sungai yang mengalir tanpa henti.
Program di Kg Babagu:
▪︎ Menyampaikan 2 Kit Jenazah sebagai persediaan komuniti menghadapi saat kecemasan kematian yang tak diduga.
▪︎ Menyediakan jamuan ringan buat para pelajar dan guru yang menyambut kunjungan singkat kami.
▪︎ Menyampaikan saguhati buat dua guru cawangan Mads di Kg Babagu ini.
Selesai Program Tim kami bergerak menaiki Bot menuju ke Mads Kg Hujung Pulau Jambongan.
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman yang sudi berkongsi rezeki dan kegembiraan buat masyarakat disini.
Sumbangan anda, harapan mereka.