Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur diatas segala perancangan serta izin dan pertolongan Allah kami telah menyempurnakan semua ini. Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah meraikan Majlis Perasmian Pembukaan ‘Misi Kesukarelawan Antarabangsa di Cambodia 28 Ogos-3 Sept’.
Pada 29 Ogos 2024 bertempat di Masjid Sekolah Wedo Kg Phum thmey yang dihadiri barisan Tim PIKDM, Tim BRAVO 7.0, Ust Zahry Ismael Sek Wedo dan Felo Penasihat Kolej ke12 Universiti Malaya En Kirti A/L Lingam.
Majlis telah dirasmikan dengan ‘gimmick’ melabuhkan kain rentang oleh Ust Zahry Ismael disaksikan oleh Pengarah Projek Bravo 7.0 Saudara Haikal, Puan Lynnda Abbas Pengerusi PIKDM dan En Kirti.
Misi ini adalah Misi Kolaborasi PIKDM kali ke 2 bersama kolej ke 12 Universiti Malaya BRAVO 7.0 dan UMC (Universiti Malaya Klinik). BRAVO 7.0 merupakan penganjur program dan PIKDM selaku rakan kolaborasi juga Penaja Utama bagi Misi ini.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong dan menyumbang kepada kejayaan misi ini. Semoga segala usaha dan tenaga yang dicurahkan akan memberikan manfaat yang berpanjangan dan diterima sebagai amal jariah yang berterusan. Teruskan bersama kami dalam usaha memupuk kasih sayang, kebajikan, pendidikan dan dakwah di peringkat antarabangsa.
=====================
Misi Kesukarelawan Antarabangsa PIKDM X BRAVO 7.0. [28Ogos-3Sept]
KG PHUM THMEY SEK WEDO CAMBODIA