Misi Ziarah Antarabangsa PIKDM – Cambodia (2 – 5 September 2022)

MISI ZIARAH ANTARABANGSA PIKDM – CAMBODIA (2-5 Sept 2022)

Tarikh : 4 & 5 Sept (Ahad & Isnin)

 
  1. Perasmian Dewan Kantin Sek Wedo, Kg Phum Thmey Cambodia.
  2. Forum Dakwah *Asas Tauhid* bersama asnaf dan mualaf

Panelis:
1. Ust Adib Gozali (Wakil PIKDM/Madrasah Nurol Iman)
2. Ust Zahry Ismael (Sek Wedo)
3. Ust Ilyes (Madrasah Nurol Iman/Cambodian Muslim Cooperative)
4. Ust Ghufron (Sek Wedo)

Turut diraikan:
1. Jamuan makan bagi 100 orang asnaf dan 200 orang pelajar dan guru.
2. Agihan beras/pek bantuan makanan, duit zakat dan set kelengkapan solat.
3. 100 biji roti gardenia, coklat, gula² dan RM5 setiap seorang pelajar.

Jazakumulllahhu khayran buat para penginfak yang budiman atas sumbangan ini. Sek.Wedo adalah sekolah swasta Islamik yang diasaskan oleh Ust Zahry Ismael lulusan Riyadh yang memulakan kelas pertama bersama orang kampung dibawah khemah dan kemudiannya ada hamba Allah yang dermawan dari Kuwait telah wakafkan masjid dan 3 kelas pada awalnya. Kemasukan murid semakin bertambah setiap tahun dan PIKDM juga telah mewakafkan 2 kelas tambahan untuk menampung penambahan pelajar. Pada 2021 PIKDM telah bina Dewan Kantin Sek Wedo bagi manfaat pelajar makan setempat, sebelum ini waktu rehat pelajar makan di tepi bangunan atau atas tanah pun ada..kini Dewan Kantin ini sangat memberi manfaat besar buat pelajar dan sekolah..saham para penginfak yang mewakafkan Dewan Kantin ini terus berjalan.

Sungguhpun sekolah ini percuma namun para gurunya juga kebanyakannya sanggup memberi khidmat percuma demi mahu selamatkan masa depan anak² disini. 2 guru Tahfiz juga baru diserap masuk untuk kelas pengajian Tahfiz yang bakal diadakan di 2 kelas wakaf PIKDM yang sediada kini yang akan diubahsuai menjadi kelas Tahfiz InshaaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dalam membantu agama Allah.

Sumbangan Infak bagi membantu gerakkerja penyebaran ilmu, dakwah dan kebajikan PIKDM di Cambodia boleh disalurkan dibawah ini.
 

Jazakumulllahu khayran..

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui link : https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-kebajikan-pikdm/

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia