Setibanya kami ke Kg O’umbel ini terus dibawa melawat tapak cadangan tanah wakaf bagi pembangunan bangunan Madrasah/Sek. Difahamkan inilah satu²nya Sek Kg O’umbel yang ada didalam kg ini yang telah dibina pada tahun 2016 dan hanya 4 kelas sahaja dapat menampung ramainya pelajar. Masjid dan 4 kelas ini telah diwakafkan orang Arab. Cambodia adalah ‘lubuk infak’ kerana apa saya katakan begitu? Kebanyakan wakaf masjid dan projek menyebarkan syiar Islam datangnya dari Negara Arab, antara pewakaf/penginfak yang popular kalangan rakyat Cambodia adalah dari Kuwait, Saudi dan Malaysia.
Terdapat 10 buah kampung orang islam didalam ini untuk menampung 1500 pelajar yang mahukan pendidikan tidak dapat dipenuhi. Ramai anak² disini akan terus tercicir pendidikan jika tidak diberi peluang belajar. Jarak untuk ke sekolah berasrama juga sangat mencabar bagi yang tidak punya kenderaan. Walau ada kenderaan pun mereka tidak mampu menghantar anak² ke sekolah yang berjam² untuk sampai ke sekolah dan keadaan jalan yang mencabar. Minyak kenderaan yang sangat mahal tak mampu mahu diteruskan hasrat walau mampu. RM6 seliter minyak petrol disana berbanding kita di Malaysia baru RM2 sudah terasa bebanannya walau berkemampuan.
Seramai 300 pelajar telah mendapat pendidikan di Sek Kg O’umbel in sejak ianya dibina. Dari Tadika hinggalah ke darjah 6. Selebihnya mengharapkan ada peluang untuk masuk ke Sek/Madrasah yang hanya punya 4 kelas setakat ini. Manakala pondok kantin yang usang telah dijadikan kelas tadika dan kelas mengaji. Mudir sekolah ini Ustaz Abdul Rahman dan isterinya masing² pernah bekerja di Malaysia suatu ketika dulu dan boleh bertutur dalam bahasa Malaysia. Sebelum Team PIKDM pulang sempat beliau suarakan agar dapat kiranya dipercepatkan projek pembinaan bangunan baru sebelum kemasukan pelajar baru tahun hadapan.
Jazakumulllahu khayran..