Team PIKDM seramai 3 orang dan BRAVO (Team Palapes Mahasiswa U.M) seramai 4 orang berpeluang dibawa Team Asar Humanity melihat keadaan kesan runtuhan rumah, bangunan sekolah, pesantren dan tadika yang terkesan akibat bencana gempabumi yang mengorbankan ratusan nyawa.
8 bulan telah berlalu dan trauma pasti sentiasa menyelubungi. Perkampungan yang kami ziarah antaranya Kg Sarampad yang dikhabarkan antara yang terbesar kesan gempa hingga jalan terputus, sungai mengering. Ada sebuah restoran yang terletak di tebing jalan hilang terus dari pandangan akibat tanah mengelongsor bersama restoran dan ratusan orang terkorban ketika gempa 5,6 skala ritcher berlaku pada tarikh 21 November 2022 waktu tengahari.
Paling menyedihkan saat kami dibawa melihat satu-satunya sumber air sungai yang tersekat laluan akibat runtuhan tanah. Air sungai yang ada ini lah buat menampung kegunaan air penduduk kampung dan kini agak tercemar airnya..namun tiada pilihan.
Dibawa orang kampung untuk melihat satu-satunya sumber mata air dari air sungai yang mengalirkan air ke kawasan kebun sayur dan sawah padi sebelum ini kini hilang dari pandangan. Yang kelihatan hanyalah laluan air nan kering kontang tiada lagi air mengalir akibat gempa dan gegaran susulan yang berlaku lebih dari 20x di kawasan kg Sarampad ini.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
اَلَمْ تَرَ اَنَّ اللّٰهَ اَنْزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَسَلَـكَهٗ يَنَا بِيْعَ فِى الْاَ رْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهٖ زَرْعًا مُّخْتَلِفًا اَ لْوَا نُهٗ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَـرٰٮهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَجْعَلُهٗ حُطَا مًا ۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَذِكْرٰى لِاُ ولِى الْاَ لْبَا بِ
“Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.”
(QS. Az-Zumar 39: Ayat 21)
Merujuk ayat Quran yang bercerita tentang tanaman dan air itu rezeki buat manusia..kini diuji hasil tanaman mula mati akibat tidak cukup saliran air yang mengalir..inilah gambaran yang kami lihat dengan mata kepala kami. Allahu musta’an..
Betapa besarnya nilai air pada makhluk di dunia ini dan betapa besar juga ganjaran pahala jariah bagi yang membina sumur untuk manfaat ramai.
Misi Recce Kolaborasi BRAVO & PIKDM telah dirancang sejak 2 bulan yang lalu dan persetujuan telah termeterai..PIKDM mewakili projek perigi,tangki dan tempat wudhu dan ziarah ini bertujuan memantau dan mengatur strategi untuk Misi sebenar yang bertarikh 4Sept-11sept nanti InshaaAllah. Seramai 50 orang Team akan terlibat. 11 orang dari PIKDM Team dan selebihnya dari Team Bravo Mahasiswa Universiti Malaya dan Team Medik Klinik Kesihatan U.M akan turut serta berkampung dan berprogram di lokasi yang sudah diatur dan diuruskan oleh rakan NGO di Indonesia Asar Humanity.
Semoga Misi yang dirancang ini dipermudahkanNya dan mendapat sokongan dana dari penginfak yang budiman. Julung kali PIKDM menyertai MISI ke Indonesia dengan Team yang agak besar ini. Semoga Allah bantu kami.
Ayuh! Bantu kami dengan berbagi rezeki buat yang memerlukan 👇
https://www.pikdm.org.my/donations/misicianjur/
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]