23-26 Februari 2025
RM4 Untuk Iftar & Sahur – Mampukah Kita Biarkan Mereka Tanpa Hidangan?
Di sebalik persiapan kita menyambut Ramadan dengan penuh kegembiraan, ada lebih 1 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar—penempatan pelarian terbesar di dunia—yang terus hidup dalam serba kekurangan. Mereka semakin dilupakan, dan keadaan di sana semakin mencengkam.
Dalam kesempitan dan kepayahan, mereka menunggu Ramadan bukan dengan juadah enak, tetapi dengan ketidaktentuan—tanpa jaminan makanan, tanpa kepastian ada yang sudi membantu. Jika tiada tajaan, mereka hanya berbuka dengan air dan apa yang ada saja.
Bagi kebanyakan mereka, makan sekali sehari itu sudah biasa. Para lelaki berbuka dan bersahur di masjid & madrasah, tetapi tanpa bantuan, mereka tiada apa-apa untuk dinikmati. Jika hari-hari menu yang sama, itu sudah cukup besar nikmat bagi mereka dari tiada langsung untuk buat berbuka.
Kenapa PIKDM terus menaja di sini saban tahun?
- Fokus Projek Angkat PIKDM – 6 madrasah yang dipilih adalah di bawah tajaan langsung.
- Kos yang berpatutan – Hanya RM4 untuk satu pek iftar & sahur dan fokus tajaan 450 pax sehari.
- Rekod tajaan yang mendapat sambutan – Para penginfak sebelum ini telah membantu mencipta impak besar.
- Kurang mendapat perhatian dunia – Mereka semakin terpinggir, bantuan semakin berkurang.
- Mereka perlukan kita semua – Ini adalah amanah untuk kita berkongsi rezeki.
Misi PIKDM ke Cox’s Bazar kali ini, bukan sekadar menaja makanan, tetapi juga:
- Menziarahi 16 guru dan meninjau projek PIKDM yang telah memberi manfaat kepada pelarian Rohingya.
- Menyerahkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada komuniti madrasah.
Dana yang diperlukan untuk menampung program ini:
- Jamuan kenduri di 2 madrasah dalam kem pelarian
- Agihan Pra Ramadan Dapur Pek
- Meraikan 3 Pelajar Tahfiz Madrasah PIKDM yang khatam 30 juzuk
- Sembelihan 1 ekor kambing untuk Aqiqah & jamuan makan
- Penyampaian sijil untuk para guru
- Sumbangan tunai untuk kanak-kanak Madrasah Ibnu Abbas
- Sumbangan coklat & gula-gula untuk kanak-kanak
- Sumbangan telekung & kurma
- Penyerahan gaji guru bagi bulan Februari
- Tajaan Crew Media untuk rakaman berkualiti bagi kempen media sosial & membina kepercayaan penginfak
- Kos logistik
- Jangan biarkan mereka menyambut Ramadan tanpa makanan!
Sumbangkan Sekarang!
“Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. Tirmidzi, no. 807)
SASARAN DIPERLUKAN RM30,000
Selamat BERINFAK!
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/donations/misi-kemanusiaan-pra-ramadan-coxs-bazar-bangladesh