DILANCARKAN
Alhamdulillah PIKDM dipelawa untuk berkolaborasi dgn Team Mahasiswa Bravo (Palapis) Universiti Malaya dan ASAR Humanity Indonesia untuk menjayakan Misi Kemanusiaan dan Kebajikan Pasca Gempa Bumi Cianjur Indonesia. 8 bulan telah berlalu sejarah hitam melibatkan banyak nyawa dan hartabenda hilang dan terkorban.
Atas dasar KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN, PIKDM berkolaborasi buat julung kalinya bersama Team Bravo Mahasiswa Universiti Malaya.
Ini merupakan kolaborasi pertama PIKDM bersama BRAVO dan Misi 6.0 buat BRAVO. Sokongan dari pihak PIKDM sangat diharapkan mereka untuk menjayakan Projek;
1️⃣ Water For Ibadah
2️⃣ Aktiviti Program pendidikan dan dakwah bersama kanak² tadika, pelajar² Pesantren,Masyarakat
Kami sahut pelawaan ini atas tanggungjawab Ilmu kebajikan dan dakwah tanpa sempadan. Barisan Team PIKDM yang akan turut serta misi ini berlatarbelakangkan Pendidik, Pengetua/Guru Tadika,Pensyarah, Aktivis, Guru Tahfiz, Sukarelawan & Penasihat Kewangan.
Sokongan para penginfak sangat diharapkan untuk kami jayakan Misi ini. Pasca Gempabumi Ciyanjur yang hampir 8 bulan telah berlalu. Keperluan yang sangat mendesak ketika ini adalah sumber air bersih buat masyarakat setempat. Kebanyakan kampung hanya bergantung pada air sungai untuk kegunaan harian.
Sumbangan anda sangat dihargai. Semoga Allah ganjari sebaik² ganjaran buat yang berkongsi rezeki untuk yang memerlukan.
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI
Link 👇
https://www.pikdm.org.my/donations/misicianjur/
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]