Misi Kebajikan & Dakwah Antarabangsa Cambodia 2024 [9-11 Februari]
Perasmian Madrasah Tahfiz Quran PIKDM Cambodia (MTQPC)
Alhamdulillah dengan izin Allah atas segala ketentuanNya. Sejak tahun 2022 lagi Ust Zahry Ismael (Pengasas & Mudir Sekolah Wedo) mahu PIKDM bantu 2 kelas yang dibina PIKDM ini untuk dijadikan Madrasah Tahfiz dan kami pulang tanpa beri apa apa jawapan. Alhamdulillah tahun 2024 PIKDM bersetuju memenuhi hasrat beliau. Niat baik dan kesungguhan beliau untuk masa depan Sek Wedo dan masyarakat Cambodia terkadang dapat dilihat di balik senyum dan tawa ada mata yang berkaca menyorok sebak dan pilu dalam mengharungi suka duka sebagai pendakwah. Istiqomah dan semangat perjuangan dakwah di negara ‘Non Muslim’ majoritinya bukan kerja mudah apatahlagi negara yang mundur dan tahap kemiskinan tak perlu dipertikaikan lagi. Walau getir hadapi semua itu, banyak perubahan telah beliau lakukan dan buktikan sejak dari kami datang dulu.
Anak anak disini walau hadir ke sekolah dengan baju kotor berdebu dan berselipar tetap bersemangat mahu belajar. Tahap IQ mereka boleh dilihat ada pencapaian. Bukan sahaja boleh faham bahasa Arab kini bahasa Inggeris pun sudah ada yang mula menguasai..23 orang guru sessi pagi dan petang berkhidmat disini. Separuh bergaji dan separuh lagi berkhidmat tanpa gaji. Ada guru yang tawar diri mahu berkhidmat percuma di sekolah ini. Ustaz telah beritahu “Sekolah tidak mampu bayar gaji kamu” namun ada guru yang sanggup beri khidmat percuma. MashaaAllah Tabarakallah.
Dari 1 blok 3 kelas bermula hingga kini sudah ada 4 blok 10 kelas untuk tahun 1 ke 6. Misi kami kali ini selain Misi Recce Antarabangsa Bravo 7.0 & PIKDM yang dijadualkan tahun ini InshaaAllah, PIKDM juga mengambil peluang merasmikan MTQPC sekaligus.
MTQPC dibina oleh PIKDM dengan 3 kali pengubahsuaian dan penambahbaikan untuk manfaat pelajar MTQPC sepenuhnya dan diserap menjadi salah satu Projek Angkat PIKDM bagi tajaan 2 guru bermula Januari 2024.
Seramai 280 orang pelajar Sekolah Wedo diwajibkan untuk masuk ke kelas MTQPC setiap pagi untuk kelas hafazan juzuk 30 terlebih dahulu sebelum memulakan kelas akademik masing masing. Kami juga dimaklumkan terdapat pelajar dewasa dan pelajar mualaf mendapatkan Ilmu Al Quran dan Fardhu Ain di MTQPC ini pada waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Nikmat Islam dan Ihsan tanpa sempadan PIKDM berkolaborasi bersama sama para pendakwah yang terus mahu berkhidmat untuk agama Allah. Inilah Dakwah kami. Projek Angkat PIKDM adalah salah satu cabang Ilmu dan Dakwah dalam berkebajikan.
Doa kami semoga Madrasah Tahfiz Quran PIKDM Cambodia (MTQPC) ini bakal melahirkan para huffaz kalangan anak anak Sek Wedo yang majoritinya adalah asnaf.
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman atas sumbangan dan sokongan antum selama ini.
Jom sertai Projek Angkat PIKDM 2024
https://www.pikdm.org.my/projek-angkat-pikdm-2024/
Lain lain sumbangan:
https://www.pikdm.org.my/donations/danapelbagai/
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]