Misi Bantuan Ihsan ke Pulau Lumanggas Sampoerna Sabah [Khamis 14 Jun 2024]

𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐡𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐋𝐮𝐦𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐨𝐫𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡. [𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 𝟏𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒]

Pada Ramadan baru ini kita ada melancarkan kutipan Wakaf Mushaf Al Quran sebanyak 800 naskah untuk agihan di Nigeria 700 naskah dan selebihnya keperluan di MTQWU Tawau dan Surau Maiga Semporna Sabah.

Pada waktu Sumbangan Wakaf Mushaf Al Quran mahu dihantar ke Pulau Maiga oleh wakil Tim PIKDM di sana, kami mendapat khabar berita penduduk penduduk di Pulau Maiga perlu kosongkan rumah masing masing dengan notis yang dikeluarkan.

Proses penghantaran jadi tertunda disebabkan faktor luar jangka. Alhamdulillah khamis baru ini telahpun disempurnakan. Kali terakhir PIKDM hantar bantuan adalah pada Pra Ramadan seminggu sebelum Ramadan Bantuan Dapur Pek diserahkan untuk penduduk di Pulau Maiga oleh wakil Tim PIKDM disana.

Kisah lanjut berkaitan isu pemindahan kami tidak perlu bincang disini. Apa yang kami mahu selesaikan adalah menyempurnakan sumbangan ihsan dari para penyumbang dan meyantuni mereka ini atas dasar kemanusiaan. Ilmu bil Amal Amal bil ihsan Dakwah bil Hikmah sesuai moto kami.

Sumbangan disempurnakan:

  1. 7 keping papan plywood untuk rumah Pn Aisha
  2. 50 naskah Wakaf Al Quran &.Iqra
  3. 50 kampit beras


Jazakumullahhu khayran buat penyumbang khas bagi sumbangan:

Beras & Plywood:

  1. Siti Nurhalina
  2. SNA
  3. Zaharrah


Juga para penyumbang Wakaf Al Quran. jazakumulllahhu khayran.

INFAK MEMBAWA BERKAH
https://www.pikdm.org.my/donations/infak-misi-kemanusiaan

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 59723
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)