MISI BANTUAN BANJIR SELANGOR
Bersama PIKDM, ringankan beban mangsa banjir.
Hari ini mereka diuji, esok lusa mungkin giliran kita pula. Selagi Allah memberi kemampuan, marilah kita saling membantu. Semoga bantuan yang dihulurkan menjadi asbab Allah memudahkan urusan kita saat diuji nanti.
PIKDM mengajak para penginfak budiman bersama-sama membantu mangsa banjir di Selangor melalui sumbangan wang tunai, barangan keperluan dan tenaga sukarelawan.
Antara barangan yang diperlukan:
Bekalan makanan asas
Pakaian bersih yang masih elok dan layak dipakai
Keperluan kebersihan diri
Selimut dan kain pelikat
Keperluan bayi dan kanak-kanak
Air minuman
Peralatan mencuci rumah
BANTUAN TERTAKLUK KEPADA KUTIPAN DANA
Buat masa ini, PIKDM tidak menetapkan sasaran kutipan bagi misi ini. Melihat kepada trend sumbangan yang agak perlahan, kami mengambil pendekatan untuk merancang dan melaksanakan bantuan mengikut jumlah dana yang benar-benar diterima.
Pengalaman sebelum ini menyaksikan kekurangan dana misi terpaksa ditampung menggunakan dana pengurusan PIKDM sendiri, sehingga memberikan tekanan kepada kewangan pertubuhan.
Bagi menjaga kelangsungan operasi, pembelian dan penyaluran bantuan barangan akan dilaksanakan mengikut kemampuan kutipan semasa.
DI SINILAH SAHABAT ENJIN PIKDM MEMERLUKAN ANDA
Bantuan tenaga bergantung pada ketersediaan pasukan dan sukarelawan yang menyumbang khidmat tanpa mengenakan bayaran atau upah. Namun, untuk menggerakkan pasukan ke lokasi, tetap ada kos yang perlu ditanggung.
Sukarelawan menyumbang tenaga. Kenderaan memerlukan minyak untuk bergerak.
Bantu ringankan beban mangsa. Sokong juga pasukan yang menyampaikan bantuan.
Maybank: 5627 4015 5175
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Kod rujukan sumbangan:
Bantuan Banjir: #Banjir2026
Dana Operasi: #SahabatEnjinPikdm
Pertanyaan, penyaluran barangan dan penyertaan sukarelawan:
Puan Lynnda Abbas — 013-370 9583
Cik Alyssa Diyana – 019-386 4245
Pn Shaliza Isa – 019-227 4232
Terima kasih kepada para penginfak dan sukarelawan yang terus bersama PIKDM. Semoga Allah membalas setiap sumbangan harta, masa dan tenaga dengan sebaik-baik ganjaran.
Jom menyumbang dan sebarkan rayuan ini.
#PIKDM #Banjir2026 #SahabatEnjinPikdm #BanjirSelangor #Kebajikan #kemasyarakatan
Sumber: Facebook PIKDM








