Menerima Kunjungan Mahabbah Ustaz Zahry Ismael Pengasas Sekolah Wedo Cambodia Bersama Ustaz Zainin

Menerima kunjungan mahabbah Ust Zahry Ismael Pengasas Sekolah Wedo Cambodia bersama Ustaz Zainin pada 11hb Jumaat di Kolej 12 Universiti Malaya dan 12hb Januari 2024 di Pejabat PIKDM.
Pada 11hb Januari PIKDM telah mengadakan satu temujanji antara Ust Zahry Ismael bersama Pengerusi Bravo 7.0 saudara Haikal dan Tim Pengerusi Nuramira serta Bendahari dan Penolong Bendahari di Kolej 12 bagi membincangkan beberapa hal berkaitan perancangan Misi Kemanusiaan Antarabangsa Bravo 7.0 & PIKDM seperti yang dirancang InshaaAllah. Pelbagai usaha mengumpul dana bagi tujuan ini telahpun bermula dari kedua belah pihak.

Pada ziarah Ust Zahry Ismael dan Ustaz Zainin bertarikh 12 Januari 2024 ke Ibupejabat PIKDM bagi menerima surat persetujuan dan pengesahan tajaan gaji 2 guru bagi MTQP(Madrasah Tahfiz Al Quran PIKDM) Cambodia Sekolah Wedo dari Puan Pengerusi PIKDM Pn Lynnda Abbas.

Kebanyakan guru akademik Sek Wedo bekerja secara percuma setelah habis tugasan di sekolah kebangsaan mereka beri khidmat percuma di Sekolah Wedo. Sebahagian guru tiada gaji tetap tapi sanggup mahu beri khidmat percuma. Begitulah khidmat guru dan pendidik yang memilih jalan dakwah dan berkebajikan ini. Ada pelaburan yang terpaksa dikorbankan demi mahu memandaikan masyarakat dan mengeluarkan manusia dari kejahilan.

Semoga usaha kecil kita bersama dalam membantu usaha dakwah di Cambodia ini sedikit sebanyak membantu masyarakatnya melahirkan lebih ramai pendakwah dan pembela agama di masa mendatang.

Barakallahufeekum buat Ust Zahry Ismael yang telah mengislamkan ramai masyarakatnya dan pencapaian Sek Wedo boleh dibanggakan setakat ini telah memberi banyak manfaat kebaikan pada ramai pelajar asnaf yang tercicir untuk belajar secara percuma di sekolah Wedo ini. Bermula dari kelas bawah rumah hingga terbina masjid dan kini banyak kelas telah terbina hasil dari penyumbang dermawan.

Kita sokong usaha dakwah para pendidik dan pendakwah dengan kita bantu taja gaji guru secara komited setiap bulan dan tugas mereka untuk menyampaikan amanah. Tugas penginfak hanya perlu membelanjakan sedikit wang anda untuk manfaat yang sangat besar buat setiap guru guru yang ditaja dibawah Projek Angkat PIKDM ini. Selagi ilmu diajar diamalkan dan disampaikan selagi itulah mengalirnya pahala kita seperti mengalirnya air sungai tanpa henti.
Barakallahufeekum. Semoga Allah merahmati kita semua.

Penyertaan & Sumbangan Projek Angkat 2024https://www.pikdm.org.my/projek-angkat-pikdm-2024/

Infaq Potongan Bulanan Secara Auto Debit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Pembelian Buku Zikir Pagi & Petang : https://www.pikdm.org.my/bukuzikir

 

ATAU terus ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

 

Sebarang Pertanyaan :

Pn Lynnda Abbas – Whatsapp : https://wa.link/85adwi

Pn Shaliza – Whatsapp : https://wa.link/j7irlz

CIK Alyssa – Whatsapp : https://wa.link/7euwpc  

 

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia