Daripada Abu Sa‘id, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا، وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ
Janganlah kamu bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan janganlah kamu makan makanan kamu melainkan orang yang bertaqwa.
(HR Abu Dawud: Hasan)
- Sahabat yang baik akan memimpin kepada ketaatan Allah dan menjauhkan daripada maksiat serta memberikan syafaat kepada sahabatnya pada hari akhirat
- Hanya persahabatan berlandaskan taqwa akan kekal iaitu iman dan amal soleh akan kekal di hari akhirat
- Di akhirat kelak, orang-orang zalim akan menyesal dan memarahkan diri sendiri sambil menggigit jari kerana memilih sahabat karib yang mendorong kepada kesesatan
Jom bersama PIKDM dalam misi menyebarkan keberkatan. Anda Sumbang, Kami Sampaikan.
𝑺𝑨𝑺𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑫𝑰𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑹𝑴200,000
Selamat BERINFAK!
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025