Daripada Ubai bin Ka‘ab, beliau berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي؟ فَقَالَ: مَا شِئْتَ. قَالَ: قُلْتُ: الرُّبُعَ، قَالَ: مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: النِّصْفَ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قَالَ: قُلْتُ: فَالثُّلُثَيْنِ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ: إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin memperbanyak berselawat kepadamu. Daripada itu, berapa banyakkah yang perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu. Aku pun berkata: Adakah satu per empat daripadanya? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku berkata: Adakah separuh daripadanya? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku berkata: adakah dua per tiga? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku pun berkata: Aku jadikan semua untuk kamu. Baginda pun bersabda: Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginan kamu dan diampuni semua dosa kamu.
(HR al-Tirmidhi: Hasan Sahih)
Jom bersama PIKDM dalam misi menyebarkan keberkatan. Anda Sumbang, Kami Sampaikan.
𝑺𝑨𝑺𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑫𝑰𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑹𝑴200,000
Selamat BERINFAK!
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025