Memberi Tak Perlu Tunggu Kaya

𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙩𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙩𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪 𝙠𝙖𝙮𝙖.

MashaaAllah Tabarakallah. PIKDM terima duit Zakat RM800 ini dari warga Rohingya. Semalam kusheda maklumkan kami ada orang Rohingya mahu infak ke Palestine tahu macamana? Lalu kushedah beri nombor PIKDM untuk dirujuk. Semalam saudara ini telefon saya maklumkan dia mahu buat zakat nilai RM800 untuk ke Palestine dan sempat saya beritahu beliau “tak mahu infak zakat ke Cox’s Bazar Bangladesh ke?” Rohingya disana sangat memerlukan sumbangan untuk Iftar yang masih belum cukup sasaran lagi…jawab beliau mak saya suruh bantu Palestine untuk duit ini. InshaaAllah untuk zakat fitrah lain nanti kita hantar sana katanya, dimaklumkan ada 24 orang mereka akan kumpul untuk lunaskan zakat fitrah kalau diizinkanNya.

Teringat saya dulu waktu covid pernah kami terima duit zakat fitrah dari warga Rohingya yang tak tahu bagaimana mahu bayar kerana PKP dan kami sempat uruskan untuk mereka. Satu perkara yang kami kagum dengan masyarakat ini, walau gaji kecil kutip besi buruk tiap tahun raya korban mereka akan pastikan ada bahagian korban..bagi mereka ibadah korban itu wajib jika berkemampuan dan mereka memampukan dengan menabung untuk itu..kita pun malu bila lihat lembu mereka tempah lebih besar dari lembu kita.

Kini ada yang mahu hulurkan infak untuk Palestine walau mereka tidaklah berkempampuan seperti kita tapi mereka masih ada ihsan dan tanggungjawab untuk tunai zakat dan bersedekah. Atas dasar semangat islam itu bersaudara mereka juga mahu bantu Palestine. Mereka menjiwai keperitan rakyat Palestine mengimbau sejarah mereka dihalau dari negara sendiri hinga jadi pelarian tanpa negara kini.

Nasib kita pun tiada siapa mampu beri jaminan selamat. Islam itu hidup selagi ada roh iman dan Ihsan.

Unit Media & Penerbitan
====================
Salah satu rezeki terus berkah dengan bersedekah
𝐊𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐍𝐊 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐍𝐈
Bismillah….👇👇👇
https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1445h-2024

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55534
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)