Medical Check Up – 6 September 2023 – Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma Ini Disusun Khusus Untuk Masyarakat Awam Dan Telah Dijalankan Secara Terbuka Di Perkarangan Pesantren Al Kautsar

Medical Check Up – 6 September 2023

Program pemeriksaan kesihatan percuma ini disusun khusus untuk masyarakat awam dan telah dijalankan secara terbuka di perkarangan Pesantren al Kautsar. Seramai 180 hadir mendapatkan rawatan klinik kesihatan percuma ini. Sambutan yang sangat mengalakkan dari penduduk desa yang hadir seawal 9 pagi sudah beratur panjang di tapak pemeriksaan. Klinik kesihatan percuma ini terpaksa ditutup lebih awal dari jadual kerana ubat-ubatan telahpun habis dimanfaatkan dan diagihkan.

Kami difahamkan kos untuk mendapatkan ubat dan rawatan di klinik/hospital di Indonesia sangatlah mahal kosnya berbanding di Malaysia oleh kerana kerajaan Indonesia tidak memperuntukkan subsidi ubatan. Rakyat Indonesia yang kini mencapai 270 juta penduduk agak mustahil untuk negara biaya. Bersyukur kita di Malaysia masih lagi menikmati subsidi ubat-ubatan dari kerajaan.

Untuk slot ini, team medik dari Klinik Kesihatan Universiti Malaya dan Asar Humanity bersama beberapa orang jururawat didatangkan khusus untuk menyantuni warga Cianjur khususnya penduduk Cipaku. Team PIKDM dan BRAVO pula menggalas tanggungjawab bagi melancarkan aliran pergerakan setiap pengunjung yang hadir dalam program ini.

Terdapat juga individu yang mengambil kesempatan berniaga sepanjang program ini berlangsung sekaligus menambahkan lagi kemeriahan sesi pemeriksaan kesihatan ini.

Sementara ibu bapa menunggu untuk pemeriksaan kesihatan, anak-anak dikumpul untuk menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan bermain bersama team PIKDM dan BRAVO.
Manakala khemah yang dijadikan tempat menunggu sementara angka giliran dipanggil, merupakan penempatan sementara pelajar asrama selepas kejadian gempa berlaku tempoh hari. Hal ini kerana asrama sedia ada dikhuatiri tidak selamat untuk didiami dan juga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat gempa susulan.

Terimakasih yang tak terhingga buat Team Medik Dr Zuraidah (KKUM) dan Team Medik dari Indonesia. Kerjasama yang baik ini sekaligus memberi kesan positif buat masyarakat setempat.

==================
Jom Infak!
https://www.pikdm.org.my/donations/danapelbagai2023/

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 59721
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)