Majlis Kutipan Amal Projek PIKDM 2023 & Pelancaran Buku Hipokrasi Ikhlas

Majlis Kutipan Amal Projek PIKDM 2023 & Pelancaran Buku Hipokrasi Ikhlas

Pada 14 Oktober yang lepas telah berlangsungnya Majlis Kutipan Amal Projek PIKDM 2023 & Pelancaran Buku Hipokrasi Ikhlas karya Puan Lynnda Abbas, Pengerusi PIKDM bertempat di Wednesday Hall, Utropolis Glenmarie, Shah Alam.

Seramai lebih kurang 100 orang tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Al Fadil Ustaz Md Abdullah Ahammad Miah, Pengetua dan Penyelaras Maahad Darul Hijrah & Tahfizul Quran, YBhg. Dr. Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, Penceramah Jemputan, Editor Karya Bestari, Kumpulan Media Karangkraf, Encik Mohd Azli Mohd Ali, Ahli Majlis Tertinggi PIKDM, wakil-wakil badan NGO, para penginfak serta wakil team BRAVO yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh wakil mahasiswa Universiti Malaya, seterusnya tayangan video montaj projek-projek kebajikan dan misi kemanusiaan yang telah dijalankan pada tahun 2023 hasil kutipan dana daripada para penginfak mengikut Projek Angkat yang telah dilancarkan.

Antara pencapaian utama PIKDM adalah melalui Projek Angkat xxx dengan sasaran kutipan sebanyak RMxxx pada setiap bulan yang telah diagihkan kepada golongan sasar yang telah ditetapkan.
Di samping itu, PIKDM juga baru-baru ini telah menjalankan Misi Kemanusiaan Gempa Bumi di Cianjur, Indonesia hasil kolaborasi dan usaha sama team BRAVO Universiti Malaya dan pertubuhan NGO Indonesia, Asar Humanity. Antara projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah Water For Ibadah, Bravo Gift, dan Happy Go To School.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian tazkirah oleh penceramah jemputan yang tidak asing lagi buat PIKDM, iaitu Dr. Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi dengan menyentuh topik berkenaan Metodologi Dakwah Orang Awam.

Bersempena dengan majlis ini juga, turut diadakan Pelancaran Buku Hipokrasi Ikhlas yang merupakaan karya sulung Puan Lynnda Abbas yang diterbitkan oleh Unit Penerbitan PIKDM. Buku Hipokrasi Ikhlas yang ditulis oleh Pengerusi PIKDM, memaparkan tentang travelog dan puisi inspirasi penulis sendiri sebagai aktivis sosial dalam melaksanakan misi kebajikan dan kemanusiaan. Hasil jualan naskah Hipokrasi Ikhlas akan turut disumbangkan ke tabung PIKDM sebagai inisiatif Pengerusi bagi membantu kelancaran pengoperasian PIKDM.

Majlis turut mengadakan Kutipan Ikhlas Amal Palestin melalui edaran facemask yang ditaja oleh Wakaka untuk membantu mangsa peperangan di Palestin. Sumbangan akan disalurkan melalui wakil Palestin yang telah bekerjasama dengan PIKDM bagi misi sebelum ini.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati buat VIP jemputan, sesi memotong kek dan juga sesi bergambar dengan semua hadirin.

PIKDM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian para penginfak yang telah menyumbang melalui jualan meja dan kerusi. Jumlah sumbangan yang terkumpul akan disalurkan bagi membantu kos operasi dan misi kebajikan akan datang.

Hasrat PIKDM agar para penginfak terus komited serta terus menyokong gerak kerja PIKDM dalam menyampaikan bantuan-bantuan yang diperlukan golongan sasar.

Beli dan sumbang
https://www.pikdm.org.my/product/hipokrasi-ikhlas

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 46140
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)