Majlis Konvokesyen Sekolah Alternatif Tawau kali Pertama

Majlis Konvokesyen Sekolah Alternatif Tawau kali Pertama

Sekolah Alternatif Tawau merupakan sebuah advokasi pendidikan untuk kanak-kanak terpinggir di Kampung Hidayat Batu 4, Tawau, Sabah.

Ditubuhkan sejak tahun 2019, sekolah yang berperanan sebagai ruang selamat ini memberi pendidikan yang berkualiti secara percuma untuk 50 orang kanak-kanak yang tidak mendapat akses pendidikan sebaiknya. Kita yang peduli, ingin memberikan hak pendidikan buat kanak-kanak ini sekurang-kurangnya dapat menguasai ilmu membaca, menulis dan mengira dengan sangat baik. Matlamat besar penubuhan sekolah ini adalah ingin mengurangkan kadar buta huruf dikalangan kanak-kanak yang terpinggir yang juga tercicir daripada pendidikan.

Di tahun 2022 ini, kita semua akan meraihkan hari konvokesyen untuk 15 orang pelajar yang bersekolah di Sekolah Alternatif Tawau yang telah mencapai matlamat sekolah malahan juga telah menguasai pelbagai bidang kemahiran sebagai nilai tambah dalam diri mereka.

Hal yang demikian, mereka ini akan bergraduasi sebagai tanda penghargaan kerana percaya pentingnya ilmu pendidikan dalam kehidupan setiap manusia. Dalam majlis graduasi yang akan dilangsungkan nanti mungkin akan menjadi kenangan paling bermakna dalam diri setiap anak-anak ini yang mereka sendiri tidak jangkakan yang mereka juga dapat merasakan hari graduasi sama seperti kanak-kanak yang lain di luar sana.

Kami sangat berbesar hati mempunyai pendukung dan penyumbang yang percaya kepada perjuangan pendidikan selama ini.

Semoga usaha ini dapat menaikkan lagi semangat semua kanak-kanak untuk terus percaya dengan ilmu pendidikan.

“Pendidikan alat perubahan bangsa”


————

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui link dibawah.

https://www.pikdm.org.my/donations/kembara-dakwah-kebajikan

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia