Antara persediaan bagi individu yang bakal melaksanakan ibadah korban adalah dengan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku, bermula masuknya bulan Zulhijjah sehingga selesai dilaksanakan ibadah korban.
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW beliau berkata: Rasulullah Saw bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
Seiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, maka janganlah dia memotong rambutnya, mahupun kukunya sehingga dia selesai berkorban.
(HR Muslim: Sahih)
Mengikut perkiraan pada takwim 1445H, 1 Zulhijjah dijangka akan bermula pada 8 Jun 2024. Manakala anak bulan akan mulai kelihatan setelah terbenamnya matahari pada Tarikh 7 Jun 2024.
Justeru, tempoh larangan memotong kuku dan rambut bagi individu yang bakal melaksanakan ibadah korban pada tahun 1445H adalah bermula apabila masuknya waktu maghrib 7 Jun 2024 sehingga selesai pelaksanaan ibadah korban.
𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐄𝐊𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐆𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈
https://www.pikdm.org.my/ibadah-korban-1445h-2024/
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]