Sertai Ibadah Korban Bersama PIKDM 1446H / 2025

Hari
Jam
Minit
Saat

Laporan Tertunda – Program Kongsi Ilmu Kongsi Rasa ‘Al Quran Terpenjara’

Tarikh: 22 Disember 2024

Lokasi: Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia PIKDM

Penceramah Jemputan: Ustaz Md Basir Md Sharif

Tajuk Perkongsian: Al-Quran Terpenjara.

𝐋𝐚𝐭𝐚𝐫𝐛𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠:

Sebelum:

30 tahun bertarung dengan penagihan dadah & kegiatan kongsi gelap

10 kali dipenjara atas kesalahan berkaitan dadah

18 tahun menghabiskan masa di Penjara

Kini:

Menjadi Asatizah Bertauliah 2015

Pengasas Program YSI bagi bekas pesalah berteraskan AlQuran 2016

Mengajar di Penjara Singapura dan Rumah Peralihan Dadah

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮𝐚𝐧

“Kongsi Ilmu, Kongsi Rasa” adalah tema pentas ilmu PIKDM bagi mengambarkan sebuah perjalanan ilmu yang bukan sekadar menyentuh akal, tetapi juga menyentuh jiwa. Ia adalah medan untuk berkongsi pengalaman, rasa, dan hikmah kehidupan, agar kita bersama-sama mendekati Tuhan dengan hati yang lebih insaf, lebih bersyukur, dan lebih memahami erti kehidupan sebenar.

Tema ini bagi mengetengahkan panelis jemputan yang berlatarbelakangkan pelbagai corak kisah suka duka, pahit manis kehidupan, kesabaran menghadapi ujian hingga mampu melepasi ujian dengan semangat yang menginspirasi dan menginsafkan.

Bagi Ust Basir kisah silam beliau telah menjadi motivasi pada masyarakat bagaimana Penjara telah menjadikan beliau guru Al-Quran yang berjasa hari ini. Ikuti perkongsian beliau di FB Live PIKDM bertarikh 22 Disember 2024. https://www.facebook.com/share/v/15Yfcgxo9Y/

Dengan menguasai ilmu tajwid dan harfiyah beliau mampu memberi kesan dakwah yang membekas di hati terutamanya banduan, bekas banduan dan masyarakat awam.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يُّطِعِ اللّٰهَ وَا لرَّسُوْلَ فَاُ ولٰٓئِكَ مَعَ الَّذِيْنَ اَنْعَمَ اللّٰهُ عَلَيْهِمْ مِّنَ النَّبِيّٖنَ وَا لصِّدِّيْقِيْنَ وَا لشُّهَدَآءِ وَا لصّٰلِحِيْنَ ۚ وَحَسُنَ اُولٰٓئِكَ رَفِيْقًا

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).”

(QS. An-Nisa’ 4: Ayat 69)

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦

1. Sesi Perkongsian

Ustaz Md Basir berkongsi pengalaman hidupnya, daripada seorang yang pernah dipenjara sebanyak 10 kali kepada seorang pendakwah yang menginspirasi. Beliau menekankan peranan Al-Quran sebagai panduan utama yang menjadi kekuatan untuk berubah. Untuk berubah individu itu sendiri perlu sedar diri, sokongan keluarga masyarakat sangat penting. Atas kesedaran itulah beliau mengambil inisiatif untuk menyampaikan ilmu dan dakwah berteraskan Al Quran kepada banduan, bekas banduan dan masyarakat yang memerlukan bimbingan beliau. Setakat ini beliau hanya fokus mengajar banduan di Penjara, bekas banduan di Program YSI- MCS juga di tiktok sebagai medium yang lebih meluas.

2. Sesi Soal Jawab

Peserta diberikan peluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada Ustaz Md Basir. Sesi ini berlangsung dengan suasana yang interaktif dan penuh manfaat.

3. Minum Petang dan Doorgift

Untuk meraikan tetamu yang hadir, minum petang disediakan. Setiap peserta juga menerima doorgift sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka terhadap program ini.

4. Jualan Buku Hipokrasi Ikhlas

Buku Hipokrasi Ikhlas karya Puan Lynnda Abbas turut dijual kepada tetamu yang berminat.

𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦

Menyampaikan mesej keinsafan dan motivasi melalui kisah perjalanan hidup panelis.

Menggalakkan peserta untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi cabaran hidup.

Meningkatkan ukhuwah dan kesedaran komuniti terhadap peluang kedua bagi individu yang ingin berubah.

𝐈𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦

Inspirasi Hidup: Perkongsian Ustaz Md Basir berjaya menyentuh hati peserta, memberi kesedaran bahawa perubahan sentiasa mungkin dengan kekuatan iman dan usaha.

Peningkatan Kesedaran: Program ini berjaya mengetengahkan cabaran yang dihadapi individu yang ingin kembali ke jalan kebaikan.

Sokongan Komuniti: Sambutan terhadap jualan buku dan interaksi dalam sesi soal jawab menunjukkan sokongan masyarakat terhadap usaha dakwah PIKDM.

PIKDM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Kongsi Ilmu Kongsi Rasa akan diteruskan pada masa hadapan dengan menampilkan panelis yang membawa mesej-mesej bermakna untuk masyarakat.

Terimakasih buat rombongan Ust Basir dan Team Program YSI-MCS Singapore yang hadir buat pertama kali berprogram di Malaysia.

Jazakumullahhu khayran buat yang sudi menaja jamuan minum petang program. Semoga Allah memberkahi rezeki yang menyumbang.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 68603
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)