Madrasah Tahfiz Darul Hijrah, Kuala Lumpur
Alhamdulillah, sepanjang Ramadan 1447H, PIKDM telah melaksanakan program penyediaan juadah iftar pek buat para pelajar di Madrasah Tahfiz Darul Hijrah.
Program ini dilaksanakan bagi memastikan para pelajar dapat berbuka dengan makanan yang mencukupi, sekaligus menyokong mereka untuk terus fokus dalam pengajian Al-Quran.
Selain itu, pasukan PIKDM turut menyediakan bekalan Dapur Pek sebulan sebagai persiapan awal Ramadan, bagi memastikan keperluan asas makanan sentiasa mencukupi sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Tarikh Pelaksanaan
- 25 Februari 2026
- 2 Mac 2026
- 4 Mac 2026
- 11 Mac 2026
- 16 Mac 2026
Ringkasan Program
Jumlah hari: 5 hari
Jumlah pek iftar: 300 pek
Kos keseluruhan: RM3,000
(RM10 / pek)
Penutup
Setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar mengisi perut mereka…
tetapi menjadi tenaga untuk mereka terus menghafal kalam Allah.
Dalam diam, mungkin ada doa yang mereka titipkan
dan doa itu kembali kepada para penyumbang.
Jazakumullahu khairan kepada semua yang telah menyumbang.




































Lihat gambar lain di : https://www.facebook.com/share/p/18uA4qV4pv/



